SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

23 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 23 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 19,053 kes (1,297,723 kes kumulatif, 82.5%);
  • Kes baharu : 17,672 kes (1,572,765 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (1 warganegara, 7 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 17,664 kes [15,299 warganegara (86.6%);  2,365 bukan warganegara (13.4%)];
  • Kes aktif : 260,700 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,040 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 502 kes;
  • Kes kematian : 174 kes [14,342 kes kumulatif, 0.91%;
  • 158 warganegara, 16 bukan warganegara; 
  • 21 kes BID (14 warganegara; 7 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,472 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 30 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,033 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,439 kluster.

Daripada 17,672 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 436 kes (2.5 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 17,236 kes (97.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 14,337 kes (81.13 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 174 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 53 kes di Johor, 28 kes di Pulau Pinang, 25 kes di Sabah, 11 kes di Negeri Sembilan, masing-masing  sembilan (9) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, dan Kelantan, masing-masing tujuh (7) kes di Selangor dan Pahang, enam (6) kes di Melaka, empat (4) kes di Perak, serta masing-masing tiga (3) kes di Sarawak dan Perlis.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 22 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 22 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.03. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.29), diikuti oleh Perlis (nilai1.24), dan Sabah (nilai RT 1.21). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 Ogos 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 17,672 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 23 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 4,316 88 2,391  - 1,837
SABAH 2,474 140 1,609  - 725
KEDAH 1,602 46 937  - 619
SARAWAK 1,538 288 876 4 370
PULAU PINANG 1,451 79 600  - 772
JOHOR 1,367 300 624 1 442
KELANTAN 1,176 126 812  - 238
PERAK 952 209 286  - 457
WP KUALA LUMPUR 891 - 469 3 419
PAHANG 506 188 256  - 62
NEGERI SEMBILAN 478 78 209  - 191
TERENGGANU 470 43 324  - 103
MELAKA 363 80 162  - 121
 PERLIS 57 4 13  - 40
WP PUTRAJAYA 24 - 21  - 3
WP LABUAN 7 - 6  - 1
JUMLAH KESELURUHAN 17,672 1,669 9,595 8 6,400

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 23 OGOS 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Seroja 28 Tempat Kerja Johor Kulai 48 173
2 Industri Batu 10 Segamat Tempat Kerja Johor Segamat 36 94
3 Jalan Amal Bakri Tempat Kerja Johor Muar 27 40
4 Tapak Bina Jalan Mengkibol Tempat Kerja Johor Kluang 22 62
5 Industri Idaman 15 Tempat Kerja Johor Kulai 14 37
6 Jalan Lingkaran  Dalam Tempat Kerja Johor Johor Bahru 12 32
7 Industri Parit  Panjang Tempat Kerja Johor Pontian 10 85
8 Industri Korporat  Satu Tempat Kerja Selangor Klang, Kuala Selangor, dan Kuala Langat 266 301
9 Industri Sungai Pinang 5/1 Tempat Kerja Selangor Klang dan Kuala Langat 30 89
10 Dah 12 Industri Kulim Tempat Kerja Kedah Kulim 103 132
11 Dah Ladang Pelam Tempat Kerja Kedah Baling 47 62
12 Jalan Tangok Tempat Kerja Kelantan Bachok 13 32
13 Lorong Taman Sari Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu 7 9
14 Sawit Chini Tempat Kerja Pahang Pekan 41 112
15 Industri Mambang  Diawan Tiga Tempat Kerja Perak Kampar 14 158
16 Jalan Sungai Kluang Tempat Kerja Pulau Pinang Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Tengah 42 1,293
17 Mas Sawai Tempat Kerja Sarawak Subis 15 295
18 Jalan Padang Hiliran Tempat Kerja Terengganu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, dan Setiu 45 325
19 Kampung Pulau Sa Komuniti Kelantan Pasir Puteh 23 38
20 Kuala Betis Komuniti Kelantan Gua Musang 19 24
21 Kampung Kayu Rendang Komuniti Kelantan Kota Bharu 14 20
22 Jalan Bunut Susu Komuniti Kelantan Pasir Mas 8 10
23 Kampung Paya Mengkuang Komuniti Kelantan Pasir Mas 8 22
24 Kampung Bakat Komuniti Kelantan Pasir Mas 5 7
25 Kota Gelanggi Dua Komuniti Pahang Jerantut 8 73
26 Kampung Temalian Komuniti Pahang Raub 11 20
27 Sungai Belukang  Baroh Komuniti Perak Hilir Perak 28 52
28 Nansang Tugong Komuniti Sarawak Pakan 51 62
29 Bukit Rasah Kumpulan  Berisiko  Tinggi Negeri Sembilan Seremban 43 54
30 Jalan Perak Kampar Kumpulan  Berisiko  Tinggi Perak Kampar 31 45

LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 22 OGOS 2021

NEGERI NILAI RT
SARAWAK 1.29
 PERLIS 1.24
SABAH 1.21
PULAU PINANG 1.15
KELANTAN 1.10
KEDAH 1.09
MELAKA 1.08
PERAK 1.07
JOHOR 1.06
TERENGGANU 1.05
PAHANG 1.03
SELANGOR 0.97
WP KUALA LUMPUR 0.89
NEGERI SEMBILAN 0.89
WP PUTRAJAYA 0.82
WP LABUAN 0
MALAYSIA 1.03