[New post] Kenyataan Akhbar KPK 31 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)
DG of Health posted: " SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 31 JANUARI 2022 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari); Kes se"
New post on From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
31 JANUARI 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh: 3,232 kes (2,784,003 kes kumulatif, 97.0%)
Kes baharu : 4,774 kes (2,870,758 kes kumulatif);
Kes import : 152 kes [76 warganegara (50.0%); 76 bukan warganegara (50.0%)];
Kes tempatan : 4,622 kes [4,448 warganegara (96.2%); 174 bukan warganegara (3.8%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 114 kes (106 kes disahkan COVID-19; 8 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 62 kes (50 kes disahkan COVID-19; 12 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 6,427 kluster;
Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 6,113 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 314 kluster.
Daripada 4,774 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
36 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
4,738 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 30 Januari 2022
NEGERI
NILAI RT
Perlis
1.25
Melaka
1.19
Kedah
1.18
Johor
1.16
WP Putrajaya
1.16
Negeri Sembilan
1.14
WP Kuala Lumpur
1.13
Selangor
1.10
Pulau Pinang
1.10
Sabah
1.08
Kelantan
1.08
Perak
1.03
Pahang
1.02
Terengganu
0.94
WP Labuan
0.00
Sarawak
0.00
MALAYSIA
1.14
ANALISA SITUASI SEMASA JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA (MINGGU EPIDEMIOLOGI 4/2022)
Bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke 4 yang bermula dari 23 Januari 2022 sehingga 29 Januari 2022, jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan adalah31,980 kes berbanding ME sebelumnya, iaitu dengan peningkatan sebanyak 34.6%. Manakala jumlah kes kematian pula menunjukkan penurunan sebanyak 27.5%dengan purata kes aktif adalah sebanyak 46,158 kes. Selain dari itu, jumlah kes sembuh COVID-19 yang dilaporkan pada ME ke 4 turutmenunjukkan peningkatan sebanyak 20.9%.Berikut adalah perincian indikator-indikator jangkitan COVID-19 untuk ME ke 4;
1. Indikator-Indikator Jangkitan COVID-19
Peningkatan kes baharu sebanyak 34.6% iaitu daripada 23,752 kes (ME 3) kepada 31,980 kes (ME 4);
Purata kes aktif turut dilihat meningkat sebanyak 14.0% dengan purata sebanyak 40,473kes (ME 3) kepada 46,158 kes (ME 4);
Walau bagaimanapun, kes kematian menunjukkan penurunan yang konsistensebanyak 27.5% sehingga mencapai dua angka iaitu dengan 74 kematian pada ME 4 berbanding 102 kematian pada ME 3. Penurunan ini dicatatkan semenjak ME 52/2021. Untuk makluman, kali terakhir kes kematian mingguan mencatat angka dua digit adalah pada ME 17/2021 iaitu sebanyak 95 kes.
Purata kes yang memerlukan rawatan di ICU juga menunjukkan penurunan sebanyak 15.5% iaitu 109 kes (ME 4) berbanding 129 kes (ME 4). Penurunan kes ICU secara konsisten telah dilaporkan sejak ME 33/2021 dengan sedikit peningkatan pada ME 44/2021 dan penurunan semula kes ICU dicatatkan sejak 11 minggu lalu iaitu pada ME 45/2021;
Selain itu, puratakes yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut menunjukkan penurunan sebanyak 11.5% iaitu 46 kes pada ME 4 berbanding 52 kes pada ME 3. Purata ini kekal menunjukkan tren penurunan semenjak 23 minggu yang lalu pada ME 33/2021; dan
Purata nilai RT meningkat sebanyak 10.9% daripada 1.01 (95% CI 1.00 – 1.02) pada ME 3 kepada 1.12 (95% CI 1.11 – 1.13) pada ME 4.
Rajah 1 di bawah jelas menunjukkan tren penggunaan ICU untuk kes COVID-19 semakin menurun sejak 11 minggu yang lalu iaitu pada ME 45/2021.
Selain itu, tren penurunan penggunaan alat bantuan pernafasan untuk kes COVID-19 juga dapat dilihat dengan ketara mulai 23 minggu lepas iaitu ME 33/2021 berdasarkan Rajah 2.
2. Kapasiti Hospital
Pada ME ke 4, kadar penggunaan katil ICU menunjukan penurunan manakala katil bukan ICU dan katil PKRC menunjukkan peningkatan berbanding minggu sebelumnya seperti yang diperincikan di Jadual 4.
Penggunaan katil hospital menunjukkan penurunan sejak beberapa minggu yang lepas (Rajah 3), namun dengan kenaikan kes COVID-19 yang berkaitan dengan varian Omicron telah menyebabkan peningkatan penggunaan katil di hospital sebanyak 3%. Selain itu, penggunaan katil PKRC juga turut menunjukkan peningkatan sebanyak 6% berikutan peningkatan kluster pendidikan di mana pelajar asrama akan dimasukkan ke PKRC sekiranya tiada tempat isolasi yang sesuai bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pelajar lain dan juga komuniti.
Oleh yang demikian, KKM menasihatkan orang ramai agar segeralah mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19 (dos 1, dos 2, dan dos penggalak) bagi mengurangkan komplikasi jangkitan COVID-19 seterusnya membantu memastikan pengisian katil di fasiliti kesihatan adalah terkawal. Bagi yang telah menerima vaksin COVID-19 pula, teruskan menjaga SOP dengan mengamalkan dan memperkukuhkan kawalan kendiri.
3. Kluster
Sejumlah 6,399 kluster telah dicatatkan sehingga 29 Januari 2022. Terkini, masih terdapat 291 kluster yang masih aktif iaitu peningkatan sebanyak 29.3% berbanding ME 3. Pada ME ke 4, sebanyak 40 kluster telah diisytiharkan tamat dengan peningkatan sebanyak 2.6% berbanding ME 3 dan terdapat 106 kluster baharu telah dilaporkan pada ME 4, iaitu:
81 (76.4%) kluster pusat pendidikan;
19 (17.9%) kluster tempat kerja;
Empat (4) (3.8%) kluster komuniti;
Dua (2) (1.9%) kluster kumpulan berisiko tinggi;
Berdasarkan Jadual 3 di atas, masih terdapat peningkatan kluster baharu dalam beberapa kategori kluster seperti tempat kerja, institusi pendidikan dan komuniti selari dengan pembukaan semua sektor sosial dan sesi persekolahan. Berkenaan peningkatan kluster institusi pendidikan, KKM dan agensi-agensi berkaitan sentiasa berusaha untuk mengemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa dalam memastikan proses pembelajaran dapat berjalan lancar dan selamat. Oleh itu, KKM memohon semua pihak untuk sentiasa mematuhi SOP yang disediakan supaya kewujudan kluster pendidikan baharu dapat dielakkan.
Selain itu, kluster komuniti yang dilaporkan ini berpunca daripada penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga atau kontak rapat. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil mudah sekiranya bergejala dan melakukan ujian kendiri dengan kadar segera agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan secepat mungkin. Masyarakat diharapkan mempunyai disiplin yang tinggi dalam pematuhan SOP dan pengamalan TRIIS (Uji, Lapor, Asing, Maklum dan Dapatkan Rawatan) dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan kewujudan kluster dalam komuniti.
SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA DALAM NORMA BAHARU
KKM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikan perayaan ini. Dalam keriangan menyambut perayaan sewaktu pandemik COVID-19, langkah berjaga-jaga perlu diamalkan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga, terutamanya golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang menghidapi penyakit kronik. Oleh itu, KKM menasihati agar perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini disambut dengan norma baharu seperti berikut :
Melakukan ujian saringan kendiri sebelum berkumpul dan berkunjung;
Menghadkan bilangan orang yang berkumpul secara fizikal;
Mengelakkan daripada berkumpul atau berkunjung jika tidak sihat, walaupun ujian saringan kendiri adalah negatif;
Sentiasa memakai pelitup muka kecuali ketika menjamu selera;
Menjaga penjarakan fizikal apabila bertemu dengan individu yang bukan ahli serumah;
Memilih tempat bertemu dengan pengudaraan yang baik. Semua tingkap dan pintu perlu dibuka untuk meningkatkan pengudaraan.
Selain itu, kerjasama yang padu dari pihak pengurusan rumah ibadat adalah sangat dihargai dalam memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19 sepanjang musim perayaan ini. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak pengurusan adalah seperti di rajah di bawah.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear,and Warn);
Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala; dan
Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius dan bilangan kes kematian
Bagi yang langsung belum menerima vaksin namun tidak pernah dijangkiti COVID-19, anda kini berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. Nasihat KKM agar segeralah mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri anda dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Unsubscribe to no longer receive posts from From the Desk of the Director-General of Health Malaysia. Change your email settings at Manage Subscriptions.
No comments:
Post a Comment