SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

17 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 9,231 kes (2,270,520 kes kumulatif, 95.0%);
  • Kes baharu : 6,145 kes (2,390,687 kes kumulatif);
  • Kes import : 12 kes (8 warganegara; 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,133 kes [5,755 warganegara (93.8%);  378 bukan warganegara (6.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 682 kes (640 kes disahkan COVID-19 ;  42  kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 350 kes (281 kes disahkan COVID-19 ; 69  kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,672 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,996 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 676 kluster.

Daripada 6,145 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 142 kes (2.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 6,003 kes (97.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

17 Oktober 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 17 OKTOBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Sri Sulong 16 Tempat Kerja Johor Batu Pahat 30 98
2 Industri Parit Sikom Tempat Kerja Johor Pontian 43 290
3 Industri Jalan Lagenda Sembilan Tempat Kerja Johor Kulai 9 37
4 Jalan Tasek Sungai Bakap Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah 33 62
5 Jalan PC 10 Tempat Kerja Perak Muallim 52 80
6 Industri Jalan Sawit Baru Tempat Kerja Johor Kulai 8 50
7 Lorong Bersyarat Komuniti Kelantan Kota Bharu dan Pasir Mas 12 15
8 Mampas Seberang Komuniti Negeri Sembilan Kuala Pilah 38 72
9 Jalan Harvey Kumpulan Berisiko Tinggi Perak Manjung 21 32


LAMPIRAN 2

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 16 OKTOBER 2021 

NEGERI NILAI RT
WP PUTRAJAYA  1.06
NEGERI SEMBILAN 1.03
WP KUALA LUMPUR 1.00
PERLIS 0.95
MELAKA 0.95
SELANGOR 0.95
KELANTAN 0.93
TERENGGANU 0.89
SABAH 0.89
JOHOR 0.85
KEDAH 0.85
PULAU PINANG 0.84
PAHANG 0.84
PERAK 0.79
SARAWAK 0.76
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.88