[New post] Kenyataan Akhbar KPK 13 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
DG of Health posted: " SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 13 OKTOBER 2021 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari); Kes"
New post on From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 10,832 kes (2,227,889 kes kumulatif, 94.3%);
Kes baharu : 7,950 kes (2,361,529 kes kumulatif);
Kes import : 29 kes (21 warganegara; 8 bukan warganegara);
Kes tempatan : 7,921 kes [7,275 warganegara (91.8%); 646 bukan warganegara (8.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 725 kes (710 kes COVID-19; 15 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 380 kes (304 kes COVID-19; 76 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,624 kluster;
Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 4,862 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 762 kluster.
Daripada 7,950 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
133 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
7,817 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (AmalkanWash, Wear dan Warn).
Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 Oktober 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 13 OKTOBER 2021
NO
NAMA KLUSTER
KATEGORI KLUSTER
NEGERI
DAERAH
JUMLAH KES
JUMLAH DISARING
1
Industri Jalan Zurah Lima
Tempat Kerja
Selangor
Hulu Selangor
42
100
2
Industri Jalan Sembilan Olak Lempit
Tempat Kerja
Selangor
Kuala Langat
31
65
3
Tapak Bina Persiaran Bukit Raja 2
Tempat Kerja
Selangor
Klang dan Petaling
28
450
4
Jalan Haji Taib Salak
Tempat Kerja
Selangor
Sepang
10
31
5
Industri Jalan Usaha Enam
Tempat Kerja
Melaka
Melaka Tengah dan Jasin
15
568
6
Dah Putih Industri Kulim
Tempat Kerja
Kedah
Kulim
30
150
7
Menuang
Komuniti
Sarawak
Limbang
18
83
8
Ensurai
Komuniti
Sarawak
Limbang
19
220
9
Bukit Damar
Komuniti
Pahang
Temerloh
22
67
10
Dah Taman Melor
Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar di bawah KPM
Unsubscribe to no longer receive posts from From the Desk of the Director-General of Health Malaysia. Change your email settings at Manage Subscriptions.
No comments:
Post a Comment