SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

15 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 18,760 kes (1,783,339 kes kumulatif, 87.8%);
  • Kes baharu : 19,495 kes (2,030,935 kes kumulatif);
  • Kes import : 11 kes (5 warganegara; 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,484 kes [17,860 warganegara (91.7%);  1,624 bukan warganegara (8.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,272 kes (911 kes COVID-19; 361 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 641 kes (414 kes COVID-19; 227 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,207 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 25 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,783 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,424 kluster.

Daripada 19,495 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 308 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 19,187 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

KEMUDAHAN UJIAN SARINGAN KENDIRI DAN KEPENTINGAN PELAPORAN KEPUTUSAN DI APLIKASI MYSEJAHTERA

KKM ingin mengingatkan individu yang bergejala atau berisiko tinggi terutamanya kontak rapat, agar segera menjalankan ujian saringan COVID-19 dan melaporkan kepada KKM melalui aplikasi MySejahtera. Saringan COVID-19 ini boleh dilakukan sama ada dengan menggunakan kit ujian RTK-Ag (kendiri) atau hadir ke mana-mana fasiliti kesihatan yang berdekatan. 

Pengesanan awal kes COVID-19 dengan menggunakan kit ujian RTK-Ag (kendiri) ini boleh membantu individu-individu untuk memantau kesihatan dan menilai risiko kendiri bagi mendapatkan rawatan kesihatan sebelum terlambat sekali gus mengurangkan kes-kes Brought-in-Dead (BID). Selain itu, kit ujian RTK-Ag (kendiri) COVID-19 ini adalah mudah dan pantas untuk dijalankan di samping mempercepatkan proses individu yang positif dikenal pasti dan seterusnya diasingkan supaya risiko penyebaran kepada individu lain terutamanya golongan rentan dapat dikurangkan. 

Masyarakat juga dinasihatkan untuk menggunakan kit ujian RTK-Ag (kendiri) yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bagi mendapatkan keputusan yang sah. Setiap individu wajib melaporkan hasil keputusan ujian tersebut dalam aplikasi MySejahtera sama ada keputusan positif, negatif, mahupun tidak sah bagi membolehkan tindakan susulan dapat diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri berkenaan Gelembung Pelancongan Domestik Projek Rintis Langkawi, Kerajaan telah mewajibkan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bermula pada 16 September 2021 untuk menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan. Langkah ini adalah untuk memastikan supaya Pulau Langkawi menjadi destinasi pelancongan yang selamat kepada semua pelancong dari dalam mahupun luar negara. Ujian saringan COVID-19 ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan RTK-Ag (kendiri) seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan pada hari ini.

Graf 1 : Bilangan Ujian Mingguan COVID-19 (PCR & RTK-Ag) Dan Kadar Positif

CPRC Kebangsaan ingin melaporkan trend bilangan ujian dan kadar positif bagi keseluruhan ujian pengesanan SARS-CoV-2 iaitu PCR, RTK-Ag (profesional), dan RTK-Ag (kendiri) mengikut Minggu Epidemiologi (ME) telah menunjukkan peningkatan berterusan dan memberangsangkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Perkembangan ini lebih ketara dilihat sehingga 13 September 2021 apabila sebanyak 758,919 ujian RTK-Ag (kendiri) telah dijalankan yang mana, 107,421 (14.5%) telah dikesan positif COVID-19.

Semua keputusan ujian COVID-19 adalah amat penting untuk dilaporkan kepada KKM kerana ia akan mempengaruhi kadar positif jangkitan COVID-19 negara yang dilaporkan selain menunjukkan peningkatan kesedaran orang ramai akan kepentingan melakukan ujian pengesanan SARS-COV-2. Walaupun KKM sentiasa berusaha meningkatkan kapasiti ujian pengesanan SARS-COV-2 di fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta, namun dengan kerjasama orang ramai melakukan ujian saringan kendiri, jumlah ini dapat terus ditingkatkan. 

Justeru, KKM ingin menyeru semua pihak supaya berganding bahu bersama Kerajaan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 melalui pendekatan whole-of-government, whole-of-society agar kita dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Pemerkasaan individu dan masyarakat dengan melakukan saringan COVID-19 terutamanya melalui RTK-Ag (kendiri) ini akan membantu negara ke arah mencapai matlamat tersebut.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

15 September 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 15 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 3,723 126.37 4,709 167,012
SELANGOR 2,604 38.21 2,710 (3) 648,922
JOHOR 2,065 51.89 1,860 (1) 170,085
SABAH 1,929 46.91 2,015 (1) 179,311
PULAU PINANG 1,710 93.64 1,757 112,913
KEDAH 1,337 58.16 1,178 121,503
KELANTAN 1,303 65.22 1,434 97,644
PERAK 1,157 65.25 1,174 85,696
TERENGGANU 809 61.35 993 44,981
PAHANG 744 28.26 766 (1) 54,034
WP KUALA LUMPUR 436 22.65 363 (5) 181,240
MELAKA 336 34.55 190 53,968
NEGERI SEMBILAN 208 17.71 222 94,988
PERLIS 71 26.66 108 2,970
WP PUTRAJAYA 22 22.49 16 5,778
WP LABUAN 6 5.47 0 9,890
MALAYSIA 18,460 53.92 19,495 (11) 2,030,935

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 19,495 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 15 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 4,709 356 3,648  - 705
SELANGOR 2,710 88 1,426 3 1,193
SABAH 2,015 81 1,118 1 815
JOHOR 1,860 202 902 1 755
PULAU PINANG 1,757 98 590  - 1,069
KELANTAN 1,434 64 946  - 424
KEDAH 1,178 11 757  - 410
PERAK 1,174 100 533  - 541
TERENGGANU 993 15 813  - 165
PAHANG 766 120 531 1 114
WP KUALA LUMPUR 363 1 176 5 181
NEGERI SEMBILAN 222 30 87  - 105
MELAKA 190 36 96  - 58
 PERLIS 108 - 49  - 59
WP PUTRAJAYA 16 - 9  - 7
WP LABUAN - - -  - -
JUMLAH KESELURUHAN 19,495 1,202 11,681 11 6,601

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 15 SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Tapak Bina Jalan Abdul Manan Tempat Kerja Selangor Klang 44 215
2 Industri Jalan Kebun 2 Tempat Kerja Selangor Klang, Kuala Langat, dan Petaling 32 309
3 Tapak Bina Putra Prima Tempat Kerja Selangor Sepang dan Klang 21 180
4 Industri Jalan 1D Tempat Kerja Selangor Petaling 16 27
5 Sungai Bendera Tempat Kerja Sabah Kinabatangan 72 416
6 Lorong Aik Hwa 23 Tempat Kerja Johor Muar 32 57
7 Tegas Tempat Kerja Johor Kota Tinggi dan Johor Bahru 17 37
8 Industri Jalan Seelong Senai Tempat Kerja Johor Kulai 13 302
9 Jalan Besi Dua Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 9 261
10 Ladang Valdor 12 Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 35 205
11 Tapak Bina Jalan Lembah Indah Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 24 99
12 Jalan Besar Chemor Tempat Kerja Perak Kinta 9 16
13 Jalan Leong Sin Nam Tempat Kerja Perak Kinta 9 35
14 Tapak Bina Taman Desa Bertam Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 21 186
15 Sebobok Komuniti Sarawak Bau 76 84
16 Sungai Ipoh Komuniti Sarawak Pakan 37 41
17 Sungai Buloh Komuniti Sarawak Pakan 21 23
18 Kampung Serungga Hulu Komuniti Kelantan Pasir Mas 18 37
19 Taman Desa Rahmat Komuniti Kelantan Kota Bharu dan Bachok 13 21
20 Kampung Banggol Stol Komuniti Kelantan Pasir Mas 7 7
21 Kampung Berhamah Komuniti Pahang Lipis 25 69
22 Jalan Murni Jaya Dua Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Johor Bahru 32 35
23 Jalan Bukit Mertajam Kumpulan Berisiko Tinggi Selangor Klang 28 29
24 Dah Batu Lima Pendidikan Lain Kedah Sik 15 61
25 Kampung Gual Dalam Keagamaan Kelantan Pasir Mas 12 14


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 14 SEPTEMBER 2021

NEGERI NILAI RT
SARAWAK 1.11
TERENGGANU 1.04
JOHOR 1.01
PAHANG 1.01
PULAU PINANG 1.00
KELANTAN 1.00
PERAK 0.99
SABAH 0.92
MELAKA 0.92
KEDAH 0.91
WP PUTRAJAYA 0.88
NEGERI SEMBILAN 0.86
 PERLIS 0.86
SELANGOR 0.83
WP KUALA LUMPUR 0.79
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.96