[New post] Kenyataan Akhbar KPK 4 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
DG of Health posted: " SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 4 OGOS 2021 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari); Kes sembuh : 12"
New post on From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 12,704 kes (962,733 kes kumulatif, 81.4%);
Kes baharu : 19,819 kes (1,183,110 kes kumulatif);
Kes import : 23 kes (9 warganegara, 14 bukan warganegara);
Kes tempatan : 19,796 kes [16,770 warganegara (84.7%); 3,026 bukan warganegara (15.3%)];
Kes aktif : 210,522 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,069 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 553 kes;
Kes kematian : 257 kes (9,855 kes kumulatif, 0.83%; 226 warganegara, 31 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 3,796 kluster;
Jumlah kluster baharu : 35 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 2,635 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,161 kluster.
Daripada 19,819 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 375 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,444 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Secara keseluruhan, hanya 3,592 kes (18.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1.
Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori
Sebanyak 257 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 91 kes di Selangor, 74 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 25 kes di Johor, 24 kes di Melaka, masing-masing sembilan (9) kes di Negeri Sembilan dan Perak, lapan (8) kes di Kedah, enam (6) kes di Sabah, empat (4) kes di Terengganu, masing-masing tiga (3) kes di Pulai Pinang dan Kelantan, serta satu (1) kes di Pahang.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 3 OGOS 2021)
Berdasarkan data terkini pada 3 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.31) diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.27), dan Perak (nilai RT 1.24). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis, dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (AmalkanWash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 Ogos 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 4 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI
BILANGAN KES BAHARU *( )
BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR
8,377 (2)
434,025
WP KUALA LUMPUR
2,467 (18)
131,425
JOHOR
1,162 (1)
95,387
SABAH
949
88,848
SARAWAK
552
78,763
NEGERI SEMBILAN
800
74,778
KEDAH
1,371
50,657
PULAU PINANG
867
48,917
KELANTAN
1,003
45,923
PERAK
662
40,749
MELAKA
508
33,531
PAHANG
558
26,773
TERENGGANU
481
18,712
WP LABUAN
5 (1)
9,683
WP PUTRAJAYA
46 (1)
4,187
PERLIS
11
752
JUMLAH KESELURUHAN
19,819 (23)
1,183,110
LAMPIRAN 3
Perincian 19,819 kes positif COVID-19 baharu yangdilaporkan di Malaysia pada 4 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI
JUMLAH KES
KLUSTER
KONTAK RAPAT
IMPORT A*
LAIN-LAIN
SELANGOR
8,377
414
4,874
2
3,087
WP KUALA LUMPUR
2,467
262
859
18
1,328
KEDAH
1,371
130
842
-
399
JOHOR
1,162
162
762
1
237
KELANTAN
1,003
349
468
-
186
SABAH
949
73
571
-
305
PULAU PINANG
867
103
389
-
375
NEGERI SEMBILAN
800
93
433
-
274
PERAK
662
175
257
-
230
PAHANG
558
67
409
-
82
SARAWAK
552
117
305
-
130
MELAKA
508
100
263
-
145
TERENGGANU
481
34
341
-
106
WP PUTRAJAYA
46
-
29
1
16
PERLIS
11
-
6
-
5
WP LABUAN
5
-
2
1
2
JUMLAH KESELURUHAN
19,819
2,079
10,810
23
6,907
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 4 OGOS 2021
Unsubscribe to no longer receive posts from From the Desk of the Director-General of Health Malaysia. Change your email settings at Manage Subscriptions.
No comments:
Post a Comment