SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

16 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 17,450 kes (1,162,578 kes kumulatif, 81.6%);
  • Kes baharu : 19,740 kes (1,424,639 kes kumulatif);
  • Kes import : 19 kes (8 warganegara, 11 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,721 kes [15,902 warganegara (80.6%);  3,819 bukan warganegara (19.4%)];
  • Kes aktif : 249,277 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,047 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 520 kes;
  • Kes kematian : 274 kes [12,784 kes kumulatif, 0.90%;
  • 211 warganegara, 63 bukan warganegara; 77 kes BID (28 warganegara; 49 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,218 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 35 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,879 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,339 kluster.

Daripada 19,740 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 298 kes (1.5 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,442 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 16,805 kes (85.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 274 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 100 kes di Selangor, 39 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 31 kes di Johor, 21 kes di Kedah, 19 kes di Pulau Pinang, 16 kes di Melaka, 15 kes di Sabah, 10 kes  di Perak, sembilan (9) kes di Kelantan, masing-masing lima (5) kes di Sarawak dan Negeri Sembilan, tiga (3) kes di Terengganu, serta satu (1) kes di Pahang.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 15 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 15 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.29), diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.19), dan Sabah ( nilai RT 1.16). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 Ogos 2021 @ 7:00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 6,505 96.87 5,706 (15) 518,360
WP KUALA LUMPUR 1,878 98.27 1,360 (1) 155,859
KEDAH 1,527 67.35 1,592 70,224
SABAH 1,496 36.96 1,728 106,830
JOHOR 1,380 35.15 1,510 112,355
PULAU PINANG 1,063 58.82 1,251 (1) 61,562
KELANTAN 1,006 51.32 1,227 58,343
SARAWAK 853 29.34 1,566 (2) 88,572
PERAK 833 31.91 938 51,520
NEGERI SEMBILAN 716 61.58 343 85,212
MELAKA 620 63.66 1,120 40,647
PAHANG 568 32.48 646 34,420
TERENGGANU 475 36.71 688 25,004
WP PUTRAJAYA 54 56.69 43 4,924
PERLIS 26 9.96 20 1,062
WP LABUAN 10 9.70 2 9,745
MALAYSIA 20,451 59.73 19,740 (19) 1,424,639

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

 LAMPIRAN 3

Perincian 19,740 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 16 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 5,706 155 3,302 15 2,234
SABAH 1,728 134 962 - 632
KEDAH 1,592 84 756 - 752
SARAWAK 1,566 312 904 2 348
JOHOR 1,510 269 832 - 409
WP KUALA LUMPUR 1,360 53 687 1 619
PULAU PINANG 1,251 80 390 1 780
KELANTAN 1,227 152 802 - 273
MELAKA 1,120 730 223 - 167
PERAK 938 103 468 - 367
TERENGGANU 688 73 501 - 114
PAHANG 646 148 356 - 142
NEGERI SEMBILAN 343 43 164 - 136
WP PUTRAJAYA 43 - 36 - 7
PERLIS 20 1 11 - 8
WP LABUAN 2 - - - 2
JUMLAH KESELURUHAN 19,740 2,337 10,394 19 6,990

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 16 OGOS 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Persiaran Perusahaan Tempat  Kerja Selangor Petaling dan Hulu Langat 48 326
2 Jalan Astaka Tempat  Kerja Selangor Petaling 30 272
3 Industri Taman Integrasi Rawang Tempat  Kerja Selangor Gombak 29 240
4 Industri Simpang  Tiga Ijok Tempat  Kerja Selangor Kuala Selangor 29 38
5 Industri Dua  Alam Jaya 2/1 Tempat  Kerja Selangor Kuala Selangor 26 54
6 Ladang Bukit Rotan Tempat  Kerja Selangor Kuala Selangor 21 101
7 Industri Jalan Bunga Raya Sentosa Tempat  Kerja Selangor Hulu Selangor 13 77
8 Perindustrian Jalan I-Park Satu Tempat  Kerja Johor Kulai 99 635
9 Perindustrian Pekan Nanas Lapan Tempat  Kerja Johor Pontian 45 53
10 Pekeliling Tanjung Dua Tempat  Kerja Johor Kulai 16 48
11 Batu 17 Saleng Tempat  Kerja Johor Kulai 11 415
12 Industri Pekeliling  Tanjung 27 Tempat  Kerja Johor Kulai 8 21
13 Dah Tapak Bina Banyan Tempat  Kerja Kedah Kuala Muda 55 442
14 Kampung Kadok Tempat  Kerja Kelantan Kota Bharu 8 19
15 Jalan Jelawat  Tangok Tempat  Kerja Kelantan Bachok dan Kota Bharu 8 17
16 Industri Pengkalan Balak 2 Tempat  Kerja Melaka Alor Gajah 51 407
17 Industri Jalan Tampin Tempat  Kerja Negeri Sembilan Seremban dan Rembau 72 139
18 Industri Jalan Tras Tempat  Kerja Pahang Bentong dan Raub 19 72
19 Jalan Pasar Intan Tempat  Kerja Perak Hilir Perak 50 138
20 Cenderawasih Tempat  Kerja Sabah Lahad Datu 8 35
21 Jalan Airport Lama Tempat  Kerja Sarawak Bintulu 12 31
22 Kampung Telaga Bata Komuniti Kelantan Tumpat 28 48
23 Kampung Gual Pasong Hantu Komuniti Kelantan Pasir Mas 27 45
24 Kampung Huda 2 Komuniti Kelantan Kota Bharu 20 34
25 Kampung Terap  Banggu Komuniti Kelantan Kota Bharu dan Bachok 19 33
26 Kampung Siti Manis Komuniti Kelantan Kota Bharu 14 25
27 Kampung Kuin  Merah Komuniti Kelantan Pasir Mas 13 17
28 Pintu Geng 2 Komuniti Kelantan Kota Bharu 13 22
29 Taman Segar 2 Komuniti Perak Muallim 26 50
30 Kampung  Jerimbong Komuniti Kelantan Jeli 9 11
31 Kampung Perol  Meranti Komuniti Kelantan Pasir Mas 7 14
32 Kampung Bayu Lalang Komuniti Kelantan Pasir Mas 5 9
33 Jalan Wirawati Kumpulan  Berisiko  Tinggi WP Kuala Lumpur Titiwangsa 28 37
34 Seksyen 14   Jalan Bayam 2 Kumpulan  Berisiko  Tinggi Kelantan Kota Bharu dan Tumpat 15 30
35 Peretak  Kuala Kubu Pendidikan Tinggi Selangor Hulu Selangor 21 50


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 15 OGOS 2021

NEGERI NILAI RT
PERLIS 1.29
KELANTAN 1.19
SABAH 1.16
PULAU PINANG 1.15
SARAWAK 1.14
PERAK 1.11
JOHOR 1.10
KEDAH 1.09
PAHANG 1.08
TERENGGANU 1.05
SELANGOR 1.02
NEGERI SEMBILAN 1.00
MELAKA 1.00
WP KUALA LUMPUR 0.99
WP PUTRAJAYA 0.90
WP LABUAN 0
MALAYSIA 1.05