oschinanet

Thursday, July 7, 2022

[New post] Kenyataan Akhbar KPK 7 Julai 2022 – Kelulusan Pendaftaran Bersyarat Produk Kombinasi Bahan Aktif Dolutegravir 50mg, Lamivudine 300mg Dan Tenofovir Disoproxil Fumarate 300mg

Site logo image DG of Health posted: " Pada 7 Julai 2022, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah bersidang untuk kali ke-374 dan bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat kepada produk kombinasi (fixed-dose combination) baharu bagi rawatan Human Immunodeficiency Virus Type 1 (HI" From the Desk of the Director-General of Health Malaysia

Kenyataan Akhbar KPK 7 Julai 2022 – Kelulusan Pendaftaran Bersyarat Produk Kombinasi Bahan Aktif Dolutegravir 50mg, Lamivudine 300mg Dan Tenofovir Disoproxil Fumarate 300mg

DG of Health

Jul 7

Pada 7 Julai 2022, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah bersidang untuk kali ke-374 dan bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat kepada produk kombinasi (fixed-dose combination) baharu bagi rawatan Human Immunodeficiency Virus Type 1 (HIV-1) iaitu TELDY Film-Coated Tablets yang mengandungi kombinasi tiga (3) bahan aktif melibatkan Dolutegravir 50mg, Lamivudine 300mg dan Tenofovir Disoproxil Fumarate 300mg. Produk tersebut dikilangkan oleh Hetero Labs Limited, India dan pemegang pendaftaran produk di Malaysia ialah Camber Laboratories Sdn. Bhd.

Penilaian oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) ke atas data kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk TELDY didapati memuaskan untuk digunakan secara tunggal sebagai regimen lengkap bagi merawat jangkitan HIV-1 dalam kalangan orang dewasa dan remaja berumur 12 tahun ke atas yang mempunyai berat badan 40 kg atau lebih.

TELDY adalah produk kombinasi pertama berasaskan dolutegravir yang didaftarkan di negara ini dan merupakan manfaat daripada perjanjian Voluntary Licensing (VL) di antara Medicines Patent Pool (MPP) dan pemilik paten dolutegravir iaitu ViiV Healthcare. Usaha ke arah perjanjian VL ini telah dimulakan bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak tahun 2014. Pihak MPP telah memberikan VL kepada tiga pengilang termasuk Hetero Labs Limited, India untuk mengilangkan produk ini bagi pasaran Malaysia. PBKD juga telah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat produk dengan bahan aktif tunggal Dolutegravir 50mg, iaitu TEGRAD (Dolutegravir Film-Coated Tablets 50mg), di bawah pemegang pendaftaran dan pengilang yang sama, pada 10 Februari 2022.

Pada tahun 2020, dianggarkan seramai 92,063 pesakit HIV dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak di Malaysia. Oleh itu, perjanjian VL ini membolehkan akses pesakit HIV kepada produk berasaskan dolutegravir dipertingkatkan, selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan penggunaan dolutegravir sebagai rawatan utama bagi pesakit HIV.  

KKM melalui NPRA akan terus memantau dan menilai data-data terkini dari semasa ke semasa berkenaan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk TELDY ini, bagi memastikan perbandingan manfaat-risikonya (benefit-risk balance) kekal positif. KKM juga akan terus komited dengan usaha-usaha untuk mempertingkatkan akses kepada ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada rakyat Malaysia.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 JULAI 2022
Like

Unsubscribe to no longer receive posts from From the Desk of the Director-General of Health Malaysia.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
http://kpkesihatan.com/2022/07/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-julai-2022-kelulusan-pendaftaran-bersyarat-produk-kombinasi-bahan-aktif-dolutegravir-50mg-lamivudine-300mg-dan-tenofovir-disoproxil-fumarate-300mg/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at July 07, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

[New post] All or Nothing

...

  • [New post] Berberine Benefits for the Betterment of your Health
    Betterment Health posted: " Berberine May Help You Lose Weight Berberine may also be effective as a weight loss suppleme...
  • [New post] All or Nothing
    ...
  • [New post] ‘Urgency’ needed from G20 for more ambitious climate action, Trudeau says
    Daniel Labbe posted: "Prime Minister Justin Trudeau said the G20 needs a sense of "urgency" to address the growin...

Search This Blog

  • Home

About Me

oschinanet
View my complete profile

Report Abuse

Labels

  • 【ANDROID STUDIO】Displaying Toast Message With ViewModel and LiveData Room Data Persistence Library
  • 【ANDROID STUDIO】Life Cycle Scope
  • 【ANDROID STUDIO】Live Data Builder
  • 【GAMEMAKER】homeing missle shots
  • 【GAMEMAKER】Slot Machine
  • 【JavaScript html 】implements random QR code verification
  • 【JavaScript html 】sliding verification
  • 【JAVASCRIPT】automatic lock screen function with local storage
  • 【JAVASCRIPT】Mask or clip the image on canvas and move it
  • 【JAVASCRIPT】Read CSV file with File API
  • 【PYTHON】Read and Write into text
  • 【Visual Studio Visual Csharp】Ping
  • 【Visual Studio Visual Csharp】Print
  • 【Visual Studio Visual Csharp】Safe Mode Detection
  • 【Visual Studio Visual VB net】Ease of Access Center
  • 【Visual Studio Visual VB net】Orginize IE Favourites
  • 【Visual Studio Visual VB net】Unplug Eject Hardware
  • 【VUEJS】simple shopping cart

Blog Archive

  • September 2023 (1221)
  • August 2023 (1235)
  • July 2023 (1282)
  • June 2023 (1219)
  • May 2023 (1224)
  • April 2023 (1306)
  • March 2023 (1129)
  • February 2023 (1126)
  • January 2023 (1541)
  • December 2022 (1480)
  • November 2022 (1293)
  • October 2022 (1275)
  • September 2022 (1165)
  • August 2022 (1278)
  • July 2022 (1400)
  • June 2022 (1264)
  • May 2022 (1218)
  • April 2022 (1186)
  • March 2022 (1138)
  • February 2022 (964)
  • January 2022 (1162)
  • December 2021 (1709)
  • November 2021 (3135)
  • October 2021 (3259)
  • September 2021 (3140)
  • August 2021 (3243)
  • July 2021 (3255)
  • June 2021 (3144)
  • May 2021 (761)
  • April 2021 (17)
Simple theme. Powered by Blogger.