oschinanet

Thursday, July 28, 2022

[New post] Kenyataan Akhbar KPK 28 Julai 2022 – Pelaksanaan Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan 2020: Kaji Selidik Kesihatan Pergigian Orang Dewasa 2020 (NHMS 2020: NOHSA 2020)

Site logo image DG of Health posted: " Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa satu tinjauan kesihatan mulut untuk orang dewasa sedang dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula pada Jun sehingga September 2022. Aktiviti NHMS 2020: NOHSA 2020 ini sebenarnya telah diran" From the Desk of the Director-General of Health Malaysia

Kenyataan Akhbar KPK 28 Julai 2022 – Pelaksanaan Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan 2020: Kaji Selidik Kesihatan Pergigian Orang Dewasa 2020 (NHMS 2020: NOHSA 2020)

DG of Health

Jul 28

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa satu tinjauan kesihatan mulut untuk orang dewasa sedang dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula pada Jun sehingga September 2022. Aktiviti NHMS 2020: NOHSA 2020 ini sebenarnya telah dirancang pelaksanaannya pada tahun 2020, tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda negara pada masa tersebut. Tinjauan NHMS 2020: NOHSA 2020 ini merupakan kerjasama di antara Program Kesihatan Pergigian KKM dengan Institut Kesihatan Umum (IKU), KKM.

NHMS 2020: NOHSA 2020 merupakan kaji selidik kesihatan pergigian orang dewasa yang ke-4 dan dijalankan secara berkala setiap 10 tahun. Kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan data kesihatan pergigian serta bebanan penyakit pergigian dalam kalangan warganegara Malaysia. Antara penemuan utama tinjauan terakhir yang diadakan pada tahun 2010 sebelum ini menunjukkan beban penyakit pergigian yang tinggi dalam kalangan penduduk Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas, iaitu 88.9% mempunyai karies pergigian dan 94.0% mengalami penyakit gusi. Rentetan dapatan tinjauan tersebut, Pelan Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2011-2020 telah menggariskan pelbagai inisiatif dan program pencegahan bagi mengatasi masalah ini.

NHMS 2020: NOHSA 2020 akan melibatkan lawatan ke rumah-rumah yang terpilih dan dijangka melibatkan seramai 23,000 orang responden yang berumur 15 tahun dan ke atas daripada 11,300 buah rumah. Sebanyak 65 buah pasukan pemeriksa telah dibentuk khusus bagi tinjauan ini untuk aktiviti pengumpulan data yang melibatkan temu ramah dan pemeriksaan mulut yang merangkumi pemeriksaan gigi, gusi dan lesi mulut. Adalah diharapkan agar semua pihak yang terpilih dapat memberi kerjasama kepada pasukan pergigian yang mengunjungi rumah yang terpilih kelak.

Hasil dapatan tinjauan ini dinanti-nantikan oleh pelbagai pihak yang berkepentingan selepas lebih daripada 10 tahun kajian yang sama dijalankan. Ia akan digunakan bagi menilai keberkesanan dan impak ke atas inisiatif serta program-program kesihatan pergigian yang telah dilaksanakan di seluruh negara. Di samping itu, hasil tinjauan ini juga akan dijadikan data garis dasar (baseline) bagi Pelan Strategik Kesihatan Pergigian Kebangsaan (2022-2030) memandangkan majoriti data kesihatan mulut sedia ada hanya diperolehi daripada penduduk yang menggunakan fasiliti KKM sahaja dan tidak mewakili keseluruhan penduduk Malaysia.

Sekian, terima kasih

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
28 Julai 2022
Like

Unsubscribe to no longer receive posts from From the Desk of the Director-General of Health Malaysia.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
http://kpkesihatan.com/2022/07/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-julai-2022-pelaksanaan-tinjauan-kesihatan-dan-morbiditi-kebangsaan-2020-kaji-selidik-kesihatan-pergigian-orang-dewasa-2020-nhms-2020-nohsa-2020/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at July 28, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

[New post] All or Nothing

...

  • [New post] Berberine Benefits for the Betterment of your Health
    Betterment Health posted: " Berberine May Help You Lose Weight Berberine may also be effective as a weight loss suppleme...
  • [New post] All or Nothing
    ...
  • [New post] Vaccination push for Saskatchewan Métis citizens
    Daniel Labbe posted: "In efforts to increase the vaccination uptake amongst the Métis community in Saskatchewan, an initiat...

Search This Blog

  • Home

About Me

oschinanet
View my complete profile

Report Abuse

Labels

  • 【ANDROID STUDIO】Displaying Toast Message With ViewModel and LiveData Room Data Persistence Library
  • 【ANDROID STUDIO】Life Cycle Scope
  • 【ANDROID STUDIO】Live Data Builder
  • 【GAMEMAKER】homeing missle shots
  • 【GAMEMAKER】Slot Machine
  • 【JavaScript html 】implements random QR code verification
  • 【JavaScript html 】sliding verification
  • 【JAVASCRIPT】automatic lock screen function with local storage
  • 【JAVASCRIPT】Mask or clip the image on canvas and move it
  • 【JAVASCRIPT】Read CSV file with File API
  • 【PYTHON】Read and Write into text
  • 【Visual Studio Visual Csharp】Ping
  • 【Visual Studio Visual Csharp】Print
  • 【Visual Studio Visual Csharp】Safe Mode Detection
  • 【Visual Studio Visual VB net】Ease of Access Center
  • 【Visual Studio Visual VB net】Orginize IE Favourites
  • 【Visual Studio Visual VB net】Unplug Eject Hardware
  • 【VUEJS】simple shopping cart

Blog Archive

  • September 2023 (1221)
  • August 2023 (1235)
  • July 2023 (1282)
  • June 2023 (1219)
  • May 2023 (1224)
  • April 2023 (1306)
  • March 2023 (1129)
  • February 2023 (1126)
  • January 2023 (1541)
  • December 2022 (1480)
  • November 2022 (1293)
  • October 2022 (1275)
  • September 2022 (1165)
  • August 2022 (1278)
  • July 2022 (1400)
  • June 2022 (1264)
  • May 2022 (1218)
  • April 2022 (1186)
  • March 2022 (1138)
  • February 2022 (964)
  • January 2022 (1162)
  • December 2021 (1709)
  • November 2021 (3135)
  • October 2021 (3259)
  • September 2021 (3140)
  • August 2021 (3243)
  • July 2021 (3255)
  • June 2021 (3144)
  • May 2021 (761)
  • April 2021 (17)
Simple theme. Powered by Blogger.