SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

7 NOVEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,190 kes (2,412,395 kes kumulatif, 96.3%);
  • Kes baharu : 4,343 kes (2,506,309 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (6 warganegara; 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 4,334 kes [4,120 warganegara (95.1%);  214 bukan warganegara (4.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 554 kes (518 kes disahkan COVID-19 ;  36 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 272 kes (212 kes disahkan COVID-19 ; 60 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,806 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,481 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 325 kluster.

Daripada 4,343 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 68 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,275 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 November 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 7 NOVEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Kampung Jubakar Darat Komuniti Kelantan Tumpat 17 27
2 Jalan Cempaka Mersing Komuniti Johor Mersing 16 47
3 Karanaan Komuniti Sabah Ranau 52 118
4 Paradise Georgetown Tempat Kerja Pulau Pinang Timur Laut 31 106
5 Tapak Bina Jalan Station Kluang Tempat Kerja Johor Kluang 29 95
6 Terendak Tempat Kerja Melaka Alor Gajah 32 52
7 Jalan Chinchin Pendidikan Tinggi Melaka Jasin 23 92


LAMPIRAN 2

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 6 NOVEMBER 2021 

NEGERI NILAI RT
WP PUTRAJAYA 1.09
NEGERI SEMBILAN 1.00
MELAKA 0.99
SELANGOR 0.99
WP KUALA LUMPUR 0.98
SABAH 0.98
PAHANG 0.97
PERLIS 0.96
KEDAH 0.95
KELANTAN 0.92
SARAWAK 0.89
JOHOR 0.89
PULAU PINANG 0.88
TERENGGANU 0.84
PERAK 0.83
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.91