SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

6 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 13,045 kes (2,144,681 kes kumulatif, 93.1%);
  • Kes baharu : 9,380 kes (2,303,837 kes kumulatif);
  • Kes import : 13 kes (8 warganegara; 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 9,367 kes [8,755 warganegara (93.5%);  612 bukan warganegara (6.5%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 851 kes (800 kes COVID-19; 51 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 447 kes (348 kes COVID-19; 99 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,547 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 11 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,615 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 932 kluster.

Daripada 9,380 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 181 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 9,199 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 Oktober 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 OKTOBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 1,772 60.14 1,503 (7) 219,629
SELANGOR 1,279 18.77 1,116 684,768
KELANTAN 1,056 52.85 1,170 121,503
JOHOR 1,031 25.92 1,105 201,939
SABAH 800 19.46 790 (3) 202,668
PERAK 718 40.51 629 106,369
PULAU PINANG 713 39.06 623 134,447
KEDAH 673 29.30 556 138,549
TERENGGANU 665 50.41 704 59,685
PAHANG 627 23.80 511 68,411
MELAKA 234 24.09 200 (1) 59,810
WP KUALA LUMPUR 212 11.00 214 (2) 187,301
NEGERI SEMBILAN 162 13.85 191 98,264
PERLIS 61 22.81 42 4,222
WP PUTRAJAYA 25 25.92 18 6,290
WP LABUAN 3 2.74 8 9,982
MALAYSIA 10,032 29.30 9,380 (13) 2,303,837

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 9,380 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 6 Oktober 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 1,503 23 441 7 1,032
KELANTAN 1,170 43 720 407
SELANGOR 1,116 46 568 - 502
JOHOR 1,105 181 491  - 433
SABAH 790 4 431 3 352
TERENGGANU 704 5 564  - 135
PERAK 629 19 336  - 274
PULAU PINANG 623 15 199  - 409
KEDAH 556 9 323  - 224
PAHANG 511 33 327  - 151
WP KUALA LUMPUR 214 1 82 2 129
MELAKA 200 6 99 1 94
NEGERI SEMBILAN 191 32 89  - 70
 PERLIS 42 9 9  - 24
WP PUTRAJAYA 18 - 15  - 3
WP LABUAN 8 - 3  - 5
JUMLAH KESELURUHAN 9,380 426 4,697 13 4,244

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 6 OKTOBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Batu Empat Kempas Tempat Kerja Johor Johor Bahru 28 53
2 Tapak Bina Jalan Pendas Tempat Kerja Johor Johor Bahru 12 12
3 Seri Paya Tempat Kerja Johor Tangkak 12 50
4 Dataran Air Muleh Tempat Kerja Kelantan Pasir Mas, Tumpat, Machang, dan Kota Bharu 8 32
5 Industri Dua Batu 29 Jalan Ipoh Tempat Kerja Selangor Hulu Selangor 23 80
6 Kampung Biah Komuniti Kelantan Kota Bharu dan Tumpat 15 20
7 Kampung Hutan Melor Komuniti Kelantan Pasir Puteh dan Kota Bharu 7 12
8 Kampung Kedondong Hilir Komuniti Kelantan Pasir Mas 6 7
9 Kampung Sokor Komuniti Kelantan Kota Bharu 6 10
10 Langkap 2 Komuniti Negeri Sembilan Kuala Pilah dan Jelebu 20 38
11 Gual Tinggi Kumpulan Berisiko Tinggi Kelantan Pasir Mas dan Kota Bharu 7 13


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 5 OKTOBER 2021 

NEGERI NILAI RT
 PERLIS 1.03
MELAKA 1.00
WP PUTRAJAYA 0.99
NEGERI SEMBILAN 0.97
PAHANG 0.97
TERENGGANU 0.96
KELANTAN 0.96
KEDAH 0.88
PERAK 0.87
SELANGOR 0.87
JOHOR 0.85
SARAWAK 0.84
SABAH 0.84
WP KUALA LUMPUR 0.84
PULAU PINANG 0.83
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.87