SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

5 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 5 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 15,615 kes (2,131,636 kes kumulatif, 92.9%);
  • Kes baharu : 8,817 kes (2,294,457 kes kumulatif);
  • Kes import : 14 kes (11 warganegara; 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 8,803 kes [8,109 warganegara (92.1%);  694 bukan warganegara (7.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 851 kes (815 kes COVID-19; 36 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 395 kes (332 kes COVID-19; 63 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,536 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,580 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 956 kluster.

Daripada 8,817 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 182 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 8,635 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 Oktober 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 OKTOBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 1,983 67.31 1,361 218,126
SELANGOR 1,315 19.29 1,348 (5) 683,652
JOHOR 1,057 26.57 886 200,834
KELANTAN 1,049 52.51 1,063 120,333
SABAH 830 20.19 805 (4) 201,878
PERAK 767 43.22 473 (1) 105,740
PULAU PINANG 746 40.87 595 133,824
KEDAH 685 29.81 576 137,993
TERENGGANU 652 49.41 356 58,981
PAHANG 648 24.63 696 67,900
MELAKA 259 26.66 246 (1) 59,610
WP KUALA LUMPUR 222 11.54 217 187,087
NEGERI SEMBILAN 159 13.57 122 (3) 98,073
PERLIS 66 24.79 47 4,180
WP PUTRAJAYA 25 25.92 23 6,272
WP LABUAN 2 2.33 3 9,974
MALAYSIA 10,466 30.57 8,817 (14) 2,294,457

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 8,817 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 5 Oktober 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 1,361 17 335  - 1,009
SELANGOR 1,348 102 744 5 497
KELANTAN 1,063 73 599  - 391
JOHOR 886 136 422  - 328
SABAH 805 1 437 4 363
PAHANG 696 137 337  - 222
PULAU PINANG 595 17 223  - 355
KEDAH 576 15 345  - 216
PERAK 473 58 188 1 226
TERENGGANU 356 - 253  - 103
MELAKA 246 6 86 1 153
WP KUALA LUMPUR 217 - 97  - 120
NEGERI SEMBILAN 122 48 49 3 22
 PERLIS 47 8 16  - 23
WP PUTRAJAYA 23 - 17  - 6
WP LABUAN 3 1 -  - 2
JUMLAH KESELURUHAN 8,817 619 4,148 14 4,036

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 5 OKTOBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Batu Tujuh Setengah Bakri Tempat Kerja Johor Muar 46 117
2 Jalan Cantik Dua Tempat Kerja Johor Johor Bahru 20 20
3 Industri Batu 28 Pontian Tempat Kerja Johor Pontian 13 198
4 Dah Suasana Industri Gurun Tempat Kerja Kedah Kuala Muda, Pendang, dan Yan 42 181
5 Dah Terbang Tempat Kerja Kedah Kuala Muda, Kota Setar, dan Kubang Pasu 34 60
6 Industri Jalan Wawasan Satu Tempat Kerja Selangor Klang 40 94
7 Industri Jalan Bawal Telok Gong Tempat Kerja Selangor Klang 6 112
8 Kok Lanas Ketereh Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu 54 83
9 Sawit Temerloh Tempat Kerja Pahang Temerloh 6 35
10 Laluan Lahat Timur 1/1 Tempat Kerja Perak Kinta 25 175
11 Kampung Tong Komuniti Kelantan Pasir Mas 7 7
12 Kampung Perah Hilir Komuniti Kelantan Pasir Mas 6 9
13 Penyayang Jejawi Kumpulan Berisiko Tinggi Perlis Kangar 22 133
14 Jalan Utama 57 Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar di bawah KPM Selangor Kuala Langat 43 95


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 4 OKTOBER 2021 

NEGERI NILAI RT
WP PUTRAJAYA 1.04
MELAKA 1.01
 PERLIS 1.00
TERENGGANU 0.98
NEGERI SEMBILAN 0.97
KELANTAN 0.96
PAHANG 0.96
PERAK 0.90
SARAWAK 0.87
KEDAH 0.87
JOHOR 0.86
SELANGOR 0.86
PULAU PINANG 0.85
SABAH 0.84
WP KUALA LUMPUR 0.84
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.87