SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

1 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 15,891 kes (2,070,715 kes kumulatif, 91.7%);
  • Kes baharu : 11,889 kes (2,257,584 kes kumulatif);
  • Kes import : 14 kes (6 warganegara; 8 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 11,875 kes [11,000 warganegara (92.6%);  875 bukan warganegara (7.4%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 904 kes (850 kes COVID-19; 54 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 492 kes (380 kes COVID-19; 112 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,491 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,423 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,068 kluster.

Daripada 11,889 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 179 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 11,710 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

KEPERLUAN VAKSINASI LENGKAP UNTUK AKTIVITI SEKTOR SOSIAL DAN EKONOMI BAGI SEMUA FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)

Seperti yang dimaklumkan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia, Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah bersetuju agar setiap kemudahan yang diumumkan sebelum ini dilaksanakan dengan syarat vaksinasi lengkap kekal bagi SEMUA fasa pelan pemulihan negara. Bagi individu yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, mereka perlu mengemukakan maklumat kesihatan yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan.

Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira aspek keselamatan rakyat di samping melancarkan pembukaan semula ekonomi dan sosial serta memulakan proses peralihan ke fasa endemik dengan selamat. Peralihan fasa ini perlu dilaksanakan dengan pendekatan keseluruhan negara, atau whole-of-nation approach yang melibatkan seluruh jentera dan agensi kerajaan, industri serta masyarakat dalam satu misi tunggal untuk merealisasikan hasrat ini.

Justeru, semua rakyat Malaysia diingatkan untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha membawa negara keluar daripada pandemik ini dengan mengamalkan perkara-perkara berikut;

  1. Daftarkan diri anda dan keluarga bagi mendapatkan vaksinasi. Vaksinasi lengkap adalah antara langkah utama yang perlu dicapai bagi seluruh penduduk Malaysia agar kita dapat bersama-sama mengurangkan risiko penularan dan jangkitan COVID-19 serta risiko komplikasi serius/kematian akibat COVID-19.
  2. Kepatuhan yang tinggi terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan;
  3. Pemerkasaan individu, keluarga, dan masyarakat dalam mengambil tanggungjawab membawa negara keluar daripada pandemik ini; dan
  4. Memperkukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri. Jalani ujian saringan kendiri COVID-19 sekiranya bergejala. Sekiranya disahkan positif, lakukan tindakan yang bertanggungjawab dengan mengasingkan diri;

Kita adalah barisan hadapan untuk melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19. Seperti yang disebut YB Menteri Kesihatan, kita tidak selamat sehingga semua selamat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Oktober 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 OKTOBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 2,638 89.55 2,413 (1) 212,037
SELANGOR 1,537 22.55 1,568 (3) 679,230
JOHOR 1,297 32.59 1,217 197,062
KELANTAN 1,086 54.33 858 116,166
SABAH 934 22.71 872 198,845
PERAK 894 50.39 959 103,188
PULAU PINANG 869 47.60 779 (1) 130,988
KEDAH 753 32.77 710 135,545
PAHANG 712 27.05 831 (4) 65,548
TERENGGANU 670 50.83 699 56,344
MELAKA 324 33.25 378 58,723
WP KUALA LUMPUR 258 13.39 289 (5) 186,349
NEGERI SEMBILAN 150 12.80 197 97,441
PERLIS 60 22.60 81 3,973
WP PUTRAJAYA 26 26.81 36 6,180
WP LABUAN 3 2.74 2 9,965
MALAYSIA 12,210 35.66 11,889 (14) 2,257,584

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 11,889 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 Oktober 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 2,413 49 1,121 1 1,242
SELANGOR 1,568 68 917 3 580
JOHOR 1,217 149 559  - 509
PERAK 959 126 407  - 426
SABAH 872 12 469  - 391
KELANTAN 858 19 562  - 277
PAHANG 831 335 342 4 150
PULAU PINANG 779 9 275 1 494
KEDAH 710 24 401  - 285
TERENGGANU 699 - 524  - 175
MELAKA 378 34 199  - 145
WP KUALA LUMPUR 289 7 122 5 155
NEGERI SEMBILAN 197 36 102  - 59
 PERLIS 81 - 16  - 65
WP PUTRAJAYA 36 - 22  - 14
WP LABUAN 2 - -  - 2
JUMLAH KESELURUHAN 11,889 868 6,038 14 4,969

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 1 OKTOBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Jalan Ros Tempat Kerja Selangor Hulu Selangor 73 517
2 Tapak Bina Jalan Seruling 59 Tempat Kerja Selangor Klang 20 74
3 Industri Dua Jalan Haji Manan Tempat Kerja Selangor Klang 12 380
4 Perindustrian Jalan Rusa Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 20 61
5 Industri Wawasan 19 Tempat Kerja Johor Batu Pahat 12 57
6 Dah Teluk Nibung Tempat Kerja Kedah Langkawi 32 239
7 Lebuh Bercham Timur Tempat Kerja Perak Kinta 10 43
8 Batu Hampar Komuniti Johor Segamat 36 160
9 Jalan Sengkang Pagoh Komuniti Johor Muar 6 69
10 Kampung Pasir Kelang Komuniti Kelantan Kuala Krai 30 44
11 Kampung Gaung Tendong Komuniti Kelantan Pasir Mas 9 10
12 Giam Komuniti Sarawak Kuching 150 177
13 Batu 8 Jalan Kubong Komuniti Sarawak Limbang 22 229
14 Permatang Manik Intan Keagamaan Perak Hilir Perak 29 37


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 30 SEPTEMBER 2021 

NEGERI NILAI RT
WP PUTRAJAYA 1.02
PAHANG 0.99
 PERLIS 0.99
MELAKA 0.98
KELANTAN 0.97
TERENGGANU 0.96
PERAK 0.94
SARAWAK 0.92
JOHOR 0.91
NEGERI SEMBILAN 0.89
KEDAH 0.87
SELANGOR 0.86
PULAU PINANG 0.84
WP KUALA LUMPUR 0.84
SABAH 0.83
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.90