SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

1 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 21,073 kes (1,482,800 kes kumulatif, 84.0%);
  • Kes baharu : 18,762 kes (1,765,016 kes kumulatif);
    • Kategori 3, 4, dan 5 : 330 kes (1.8 peratus)
    • Kategori 1 dan 2: 18,432 kes (98.2 peratus)
    • Jumlah kes tiada sejarah vaksinasi: 8,640 kes (46.0 peratus)
    • Jumlah kes telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin: 4,706 kes (25.1 peratus)
    • Jumlah kes lengkap vaksinasi: 5,416 kes (28.9 peratus)
  • Kes import : 5 kes (3warganegara; 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 18,757 kes [16,532 warganegara (88.1%);  2,225 bukan warganegara (11.9%)];
  • Kes aktif : 265,274 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,007 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 464 kes;
  • Kes kematian : 278 kes [16,942 kes kumulatif, 0.96%;
  • 65 kes BID];
  • Jumlah kluster : 4,773 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 42 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,279 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,494 kluster.
Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

HALATUJU MENDEPANI PANDEMIK COVID-19 DI NEGARA MELALUI KONSEP "LIVING WITH THE VIRUS"

Kita harus menerima hakikat bahawa sekalipun kita berjaya mengawal pandemik ini, kita juga perlu bersedia untuk menerima kenyataan bahawa akan tiba masanya nanti COVID-19 menjadi endemik dan oleh itu, kita mesti mengambil langkah-langkah untuk hidup bersama virus ini.

Dengan adanya vaksinasi, usaha untuk melakukan perubahan kepada tingkah laku (behavioural change) dan usaha mengamalkan SOP yang berterusan, maka kita boleh mula memasuki fasa baharu hidup bersama virus COVID-19. Langkah ini akan membolehkan pelbagai sektor di dalam negara dibuka dan kehidupan kita dapat kembali berfungsi seperti sedia kala dalam norma baharu.

Sebagai persediaan untuk hidup bersama COVID-19, tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh seluruh masyarakat;

Mereka yang mengalami gejala-gejala ini dinasihatkan agar menghubungi CAC dengan kadar segera atau talian 999 untuk kecemasan;

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

YB KHAIRY JAMALUDDIN

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

1 September 2021 @ 5:00 petang.

LAMPIRAN 1


 LAMPIRAN 2

Perincian 18,762 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 3,711 95 2,105 1 1,510
SABAH 2,430 156 1,362  - 912
SARAWAK 2,414 234 1,761  - 419
JOHOR 1,993 437 928  - 628
PULAU PINANG 1,762 118 554  - 1,090
KEDAH 1,585 27 1,097  - 461
KELANTAN 1,504 114 928  - 462
PERAK 899 57 377  - 465
PAHANG 715 193 409  - 113
WP KUALA LUMPUR 573 - 278 3 292
TERENGGANU 506 114 315  - 77
MELAKA 309 87 139  - 83
NEGERI SEMBILAN 291 75 92 1 123
WP PUTRAJAYA 34 - 28  - 6
 PERLIS 33 1 8  - 24
WP LABUAN 3 - 2  - 1
JUMLAH KESELURUHAN 18,762 1,708 10,383 5 6,666

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 1 SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Tapak Bina Cenderasari Tempat Kerja Johor Johor Bahru dan Kulai 87 393
2 Jalan Solok Tangkak Tempat Kerja Johor Tangkak 37 206
3 Ladang Kulai Besar Tempat Kerja Johor Kulai 32 63
4 Jalan Indah Gemilang Empat Tempat Kerja Johor Johor Bahru 22 53
5 Tanjung Sembrong Tempat Kerja Johor Batu Pahat 16 196
6 Batu Dua Minyak Beku Tempat Kerja Johor Batu Pahat 14 44
7 Industri PLO 17 Tempat Kerja Johor Kulai 13 125
8 Gudang Jalan Ayer Hitam Tempat Kerja Johor Batu Pahat 11 25
9 Jalan Industri Murni 11 Tempat Kerja Johor Kulai 9 188
10 Jalan Teluk Ramunia Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 6 86
11 Industri Lorong Jelatok Dalam Tempat Kerja Kelantan Tanah Merah dan Pasir Mas 14 14
12 Batu Dua Belas Tempat Kerja Negeri Sembilan Port Dickson 64 186
13 Tapak Bina Keladan Baiduri Tempat Kerja Pahang Temerloh 46 106
14 Seberang Changkat Tempat Kerja Perak Perak Tengah 14 46
15 Tapak Bina Jalan Kelawai Tempat Kerja Pulau Pinang Timur Laut 44 248
16 Industri Medan Bayan Lepas Tempat Kerja Pulau Pinang Barat Daya dan Timur Laut 32 88
17 Lengkok Kampung Jawa Satu Tempat Kerja Pulau Pinang Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Utara 21 160
18 Jalan Garuda Bayan Lepas Tempat Kerja Pulau Pinang Barat Daya 20 99
19 Sawit Kinabatangan 2 Tempat Kerja Sabah Kinabatangan 124 343
20 Sebayang - Stalun Tempat Kerja Sarawak Limbang 16 21
21 Tapak Bina Bukit Perah Satu Tempat Kerja Selangor Kuala Langat 25 60
22 Tapak Bina Jalan Hillpark Tempat Kerja Selangor Kuala Selangor 6 29
23 Dah Paya Komuniti Kedah Padang Terap 20 47
24 Perumahan Transit Komuniti Kelantan Kota Bharu 17 28
25 Lorong Tini Komuniti Kelantan Kota Bharu 16 24
26 Kampung Keseng Komuniti Kelantan Kota Bharu 15 33
27 Kubang Bongor Hilir Komuniti Kelantan Kota Bharu 14 20
28 Jalan Pantai Sabak Komuniti Kelantan Kota Bharu dan Tumpat 9 14
29 Kampung Banggol Gelang Mas Komuniti Kelantan Pasir Mas 8 11
30 Kampung Sungai Batu Komuniti Kelantan Pasir Mas 7 11
31 Jalan Pangkal Kala Komuniti Kelantan Pasir Mas 5 5
32 Jalan Bayu Lalang Komuniti Kelantan Pasir Mas 5 7
33 Kampung Mampas Komuniti Negeri Sembilan Kuala Pilah 24 80
34 Kampung Terbol Komuniti Pahang Temerloh 35 60
35 Menuang Baru Komuniti Sarawak Limbang 70 174
36 Bukit Manchong Komuniti Selangor Hulu Selangor dan Gombak 19 35
37 Jalan Air Terjun Komuniti Selangor Hulu Selangor 7 30
38 Kampung Alor Lek Komuniti Terengganu Setiu 87 338
39 Selasih Jerteh Komuniti Terengganu Besut dan Setiu 73 555
40 Pagar Jalan Tengah Pusat Tahanan Pulau Pinang Barat Daya 8 84
41 Jalan Jelawat Bekelam Pendidikan Lain Kelantan Bachok 16 25
42 Kampung Batu Papan Keagamaan Pahang Bera 40 136


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 31 OGOS 2021

NEGERI NILAI RT
SARAWAK 1.20
 PERLIS 1.19
SABAH 1.11
JOHOR 1.10
PULAU PINANG 1.10
KELANTAN 1.05
PERAK 1.05
KEDAH 1.04
TERENGGANU 1.04
PAHANG 1.02
SELANGOR 0.94
MELAKA 0.91
WP PUTRAJAYA 0.87
WP KUALA LUMPUR 0.83
NEGERI SEMBILAN 0.82
WP LABUAN 0
MALAYSIA 1.02