SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

2 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 23,473 kes (1,506,273 kes kumulatif, 84.3%);
  • Kes baharu : 20,988 kes (1,786,004 kes kumulatif);
  • Kes import : 1 kes (bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 20,987 kes [18,436 warganegara (87.8%);  2,551 bukan warganegara (12.2%)];
  • Kes aktif : 262,540 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 1,417 kes (1,001 kes disahkan COVID-19; 416 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 783 kes (470 kes disahkan COVID-19; 313 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes kematian : 249 kes [17,191 kes kumulatif, 0.96%;
  • 198 warganegara, 51 bukan warganegara;     
  • 80 kes BID (46 warganegara; 34 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,804 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 31 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,316 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,488 kluster.

Daripada 20,988 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 341 kes (1.6 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,647 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Secara keseluruhan, 9,860 kes (47.0 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada sejarah vaksinasi, 4,995 kes (23.8 peratus)  telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin, manakala 6,133 kes (29.2 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 September 2021 @ 7:00 petang.

LAMPIRAN 1

Rajah 2 Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri di Malaysia


LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 20,988 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 4,073 253 2,000 - 1,820
SARAWAK 2,992 234 2,152 606
KEDAH 2,455 20 1,495 - 940
SABAH 2,329 82 1,379 - 868
JOHOR 2,145 535 886 - 724
PULAU PINANG 1,600 125 505 - 970
KELANTAN 1,247 64 754 - 429
PERAK 990 133 464 - 393
TERENGGANU 987 32 757 - 198
WP KUALA LUMPUR 731 - 330 1 400
PAHANG 599 110 373 - 116
MELAKA 407 96 174 - 137
NEGERI SEMBILAN 301 19 135 - 147
 PERLIS 90 8 50 - 32
WP PUTRAJAYA 37 - 32 - 5
WP LABUAN 5 - 4 - 1
JUMLAH KESELURUHAN 20,988 1,711 11,490 1 7,786

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 2 SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Tapak Bina Kota Bayuemas Tempat Kerja Selangor Klang dan Petaling 83 140
2 Industri Jalan Labohan Dagang-Nilai Tempat Kerja Selangor Kuala Langat dan Klang 64 518
3 Bagan Parit Baru Tempat Kerja Selangor Sabak Bernam 21 35
4 Industri Taman Alam Jaya 2/5 Tempat Kerja Selangor Kuala Selangor dan Petaling 18 86
5 Jalan Kilang Pending Tempat Kerja Sarawak Kuching 70 112
6 Jalan Usaha Jaya Dua Tempat Kerja Sarawak Kuching dan Asajaya 41 41
7 Industri Jalan Semeba Tempat Kerja Sarawak Kuching 32 32
8 Jalan Bintulu – Bakun Tempat Kerja Sarawak Bintulu 19 20
9 Perusahaan Valdor 12 Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 40 239
10 Jelawat Lapan Seberang Jaya Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 33 150
11 Industri Lorong Perusahaan 8C Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 18 63
12 Industri Jalan Batu Berendam Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 62 606
13 Taman Perindustrian Batu Berendam Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah 36 178
14 Jalan 1/44 Padang Tembak Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu 14 30
15 Tapak Bina Datin Halimah Tempat Kerja Johor Johor Bahru 223 420
16 Cyber 14 Tempat Kerja Johor Kulai 14 33
17 Perniagaan Jalan Kempas Lima Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 5 120
18 Maxbi Libai Komuniti Sarawak Subis 93 266
19 Kampung Dangak Komuniti Sarawak Kuching 19 19
20 Kampung Baru Lipis Komuniti Pahang Lipis 18 79
21 Jalan Seterpa Kampung Parit Komuniti Kelantan Kota Bharu 14 21
22 Jalan Jati Penawar Komuniti Johor Kota Tinggi 12 72
23 Kampung Merkang Komuniti Kelantan Pasir Puteh 12 18
24 Kampung Bukit Tandak Komuniti Kelantan Pasir Mas 12 30
25 Kampung Banggol Kemian Hilir Komuniti Kelantan Pasir Mas 9 13
26 Kampung Kubang Panjang Hulu Komuniti Kelantan Pasir Mas 9 12
27 Jalan Mariamah Lima Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Johor Bahru 43 64
28 Jalan Sentral 28 Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Johor Bahru 11 25
29 Jalan Pinang Gelugor Kumpulan Berisiko Tinggi Pulau Pinang Timur Laut dan Seberang Perai Selatan 11 88
30 Jalan Seroja Saujana Utama Kumpulan Berisiko Tinggi Selangor Kuala Selangor 48 73
31 Jalan Pahlawan Pendidikan Tinggi Sabah Kota Kinabalu dan Penampang 45 72


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 1 SEPTEMBER 2021

NEGERI NILAI RT
SARAWAK 1.18
 PERLIS 1.11
JOHOR 1.09
SABAH 1.08
PULAU PINANG 1.07
KELANTAN 1.04
PERAK 1.03
TERENGGANU 1.03
KEDAH 1.02
PAHANG 1.02
SELANGOR 0.92
WP PUTRAJAYA 0.91
MELAKA 0.90
WP KUALA LUMPUR 0.81
NEGERI SEMBILAN 0.81
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.99