[New post] Kenyataan Akhbar KPK 18 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
DG of Health posted: " SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 18 SEPTEMBER 2021 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 September 2021 (jam 12:00 tengah hari); "
New post on From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 17,205 kes (1,840,453 kes kumulatif, 88.4%);
Kes baharu : 15,549 kes (2,082,876 kes kumulatif);
Kes import : 5 kes (1 warganegara, 4 bukan warganegara);
Kes tempatan : 15,544 kes [13,954 warganegara (89.8%); 1,590 bukan warganegara (10.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,165 kes (888 kes disahkan COVID-19 ; 277 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 689 kes (401 kes disahkan COVID-19 ; 288 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,263 kluster;
Jumlah kluster baharu : 16 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 3,899 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,364 kluster.
Daripada 15,549 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,
263 kes (1.69 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
15,286 kes (98.31 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.
STATUS TERKINI SARINGAN COVID-19 DI PINTU MASUK UDARA DAN LAUT BAGI PROJEK RINTIS GELEMBUNG PELANCONGAN DOMESTIK LANGKAWI
Adalah dimaklumkan, pada 18 September 2021 iaitu sehingga jam 12 tengah hari, seramai 2,507 individu telah disaring melalui Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,326 individu telah menjalani saringan di lapangan terbang manakala 181 lagi individu telah disaring di Jeti Kuala Perlis.
Bagi jenis ujian yang dijalankan pula, seramai 2,481 individu telah menjalani ujian COVID-19 iaitu 2,468 RTK-Ag dan 13 RT-PCR. Manakala 26 individu lagi adalah kanak-kanak berumur enam (6) tahun dan ke bawah yang dikecualikan menjalani ujian COVID-19. Hasil daripada saringan ini, satu (1) individu positif COVID-19 telah dikenal pasti melalui ujian RTK-Ag di KLIA. Kes positif ini didapati berada dalam kategori satu (1) dan telah diberikan perintah Home Surveillance Order (HSO) untuk menjalani kuarantin di rumah selama tempoh 10 hari.
Daripada 2,507 individu yang disaring tersebut, seramai 2,506 individu telah diluluskan untuk meneruskan perjalanan ke Langkawi iaitu 2,325 melalui kapal terbang dan 181 melalui feri. (Rujuk Jadual 1). Bagi jumlah kumulatif kes, sila rujuk Jadual 2.
Bil.
Perkara
Jumlah Kumulatif
1
Bilangan Pengembara Disaring (termasuk kanak-kanak)
8,507
2
Bilangan Pengembara Kanak-kanak ≤ 6 Tahun
42
3
Bilangan Pengembara Demam
0
4
Bilangan Pengembara Menjalani RT-PCR
33
5
Bilangan Pengembara Menjalani RTK-Ag
8,429
6
Bilangan Kes Positif COVID-19
10
7
Bilangan Kes diberikan HSO
10
8
Bilangan Kontak Rapat Diberikan HSO
5
9
Bilangan Pengembara Yang Dirujuk Rawatan Lanjut
0
10
Bilangan Pengembara Diluluskan Untuk Perjalanan Seterusnya
8,492
11
Pengecualian Sampel (Balik Kampung)
3
Jadual 2: Data Kumulatif Saringan COVID-19 Pengembara di Pintu Masuk bagi Gelembung Pelancongan Domestik Projek Rintis Langkawi sehingga 18 September 2021 (sehingga jam 12 tengah hari)
KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam apa keadaan sekalipun bagi menjaga keselamatan diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling. Amalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, dan mencuci tangan dengan kerap. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari Pulau Langkawi, segeralah dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan COVID-19. Sekiranya kita mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan kembali menjadi teruk.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (AmalkanWash, Wear dan Warn).
Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
18 September 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 18 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI
PURATA KES 7 HARI*
KADAR INSIDEN **
BILANGAN KES BAHARU ( ) ***
BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK
3,644
123.66
2,929
177,081
SELANGOR
2,384
34.99
1,995 (2)
656,281
JOHOR
2,069
52.01
2,208
176,833
SABAH
1,693
41.18
1,395
184,221
PULAU PINANG
1,507
82.55
1,375
117,527
KELANTAN
1,204
60.24
1,214
100,949
KEDAH
1,186
51.62
1,073
124,982
PERAK
1,173
66.14
1,120
89,858
TERENGGANU
754
57.18
755
47,269
PAHANG
736
27.97
634
56,212
WP KUALA LUMPUR
394
20.45
382 (3)
182,481
MELAKA
267
27.39
263
54,787
NEGERI SEMBILAN
185
15.81
131
95,487
PERLIS
57
21.26
33
3,124
WP PUTRAJAYA
23
24.13
31
5,862
WP LABUAN
7
6.70
11
9,922
MALAYSIA
17,284
50.48
15,549 (5)
2,082,876
*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)
**Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk
***Kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 15,549 kes positif COVID-19 baharu yangdilaporkan di Malaysia pada 18 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI
JUMLAH KES
KLUSTER
KONTAK RAPAT
IMPORT A*
LAIN-LAIN
SARAWAK
2,929
113
1,964
-
852
JOHOR
2,208
348
1,022
-
838
SELANGOR
1,995
129
866
2
998
SABAH
1,395
26
833
-
536
PULAU PINANG
1,375
23
481
-
871
KELANTAN
1,214
25
848
-
341
PERAK
1,120
133
413
-
574
KEDAH
1,073
26
622
-
425
TERENGGANU
755
12
556
-
187
PAHANG
634
226
335
-
73
WP KUALA LUMPUR
382
9
156
3
214
MELAKA
263
34
128
-
101
NEGERI SEMBILAN
131
6
81
-
44
PERLIS
33
-
13
-
20
WP PUTRAJAYA
31
-
22
-
9
WP LABUAN
11
8
-
-
3
JUMLAH KESELURUHAN
15,549
1,118
8,340
5
6,086
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 3
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 18 SEPTEMBER 2021
Unsubscribe to no longer receive posts from From the Desk of the Director-General of Health Malaysia. Change your email settings at Manage Subscriptions.
No comments:
Post a Comment