[New post] Kenyataan Akhbar KPK 31 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
DG of Health posted: " SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 31 OGOS 2021 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari); Kes sembuh : "
New post on From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 18,465 kes (1,461,727 kes kumulatif, 83.7%);
Kes baharu : 20,897 kes (1,746,254 kes kumulatif);
Kes import : 1 kes (warganegara);
Kes tempatan : 20,896 kes [18,326 warganegara (87.7%); 2,570 bukan warganegara (12.3%)];
Kes aktif : 267,863 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,005 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 464 kes;
Kes kematian : 282 kes [16,664 kes kumulatif, 0.95%;
238 warganegara, 44 bukan warganegara;
98 kes BID (63 warganegara; 35 bukan warganegara)];
Jumlah kluster : 4,731 kluster;
Jumlah kluster baharu : 22 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 3,256 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,475 kluster.
Daripada 20,897 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 422 kes (2.0 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,475 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Secara keseluruhan, 15,371 kes (73.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1.
Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori
Sebanyak 282 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 139 kes di Selangor, 52 kes di Johor, 21 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 15 kes di Sabah, 12 kes di Pulau Pinang, 11 kes di Kedah, sembilan (9) kes di Kelantan, tujuh (7) kes di Pahang, lima (5) kes di Melaka, masing-masing tiga (3) kes di Negeri Sembilan dan Perak, dua (2) kes di Terengganu, sertamasing-masing satu (1) kes di Perlis, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 30 OGOS 2021)
Berdasarkan data terkini pada 30 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.02. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.22), diikuti oleh Sarawak (nilai1.19), dan Sabah (nilai RT 1.12). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.
Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-64
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan besar hatinya mengucapkan Hari Kebangsaan Ke-64 kepada semua warga Malaysia. Sempena hari yang bersejarah ini juga, KKM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pejuang barisan hadapan dan petugas balik tabir yang telah bertungkus lumus berjuang menentang musuh Negara yang kini sedang mengancam dunia, iaitu COVID-19. Tidak dilupakan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tetap patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP). Bersama-samalah kita sebagai satu pasukan dalam memelihara kesejahteraan ibu pertiwi kita ini dengan segera mendapatkan vaksin bagi yang layak dan mematuhi SOP. Semoga Malaysia 'merdeka' daripada ancaman virus ini dan dapat segera hidup seperti sediakala.
Salam kemerdekaan. #MalaysiaPrihatin
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (AmalkanWash, Wear dan Warn).
Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
31 Ogos 2021 @ 6:45 petang.
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3
Perincian 20,897 kes positif COVID-19 baharu yangdilaporkan di Malaysia pada 31 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI
JUMLAH KES
KLUSTER
KONTAK RAPAT
IMPORT A*
LAIN-LAIN
SELANGOR
4,371
149
2,287
1
1,934
SABAH
2,594
40
1,573
-
981
SARAWAK
2,285
100
1,753
-
432
JOHOR
2,159
152
1,104
-
903
KEDAH
1,942
46
1,198
-
698
PULAU PINANG
1,732
127
565
-
1,040
KELANTAN
1,479
69
951
-
459
PERAK
1,204
116
482
-
606
WP KUALA LUMPUR
1,003
7
503
-
493
PAHANG
798
164
516
-
118
TERENGGANU
608
25
439
-
144
MELAKA
417
80
206
-
131
NEGERI SEMBILAN
215
9
97
-
109
PERLIS
64
3
29
-
32
WP PUTRAJAYA
25
-
15
-
10
WP LABUAN
1
-
-
-
1
JUMLAH KESELURUHAN
20,897
1,087
11,718
1
8,091
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 31 OGOS 2021
NO
NAMA KLUSTER
KATEGORIKLUSTER
NEGERI
DAERAH
JUMLAH KES
JUMLAH DISARING
1
Paku Minyak Beku
Tempat Kerja
Johor
Batu Pahat
15
47
2
Industri Parit Ju
Tempat Kerja
Johor
Batu Pahat
11
86
3
Jalan Tanjung Laboh
Tempat Kerja
Johor
Batu Pahat
11
66
4
Jalan Sawit Baru Enam
Tempat Kerja
Johor
Kulai
9
113
5
Kawasan Perindustrian 11
Tempat Kerja
Kelantan
Kota Bharu, Bachok, dan Pasir Mas
14
26
6
Jalan Pasar Pengkalan Chepa
Tempat Kerja
Kelantan
Kota Bharu
12
22
7
Ladang Renjok
Tempat Kerja
Pahang
Bentong
56
155
8
Ladang Sri Telang
Tempat Kerja
Pahang
Lipis
35
97
9
Industri Dua Batu 16 Setengah Rawang
Tempat Kerja
Selangor
Gombak
56
63
10
Industri Meranti Jaya 10
Tempat Kerja
Selangor
Sepang
13
71
11
Sawit Jeroco
Tempat Kerja
Sabah
Lahad Datu
55
249
12
Kampung Nipah
Komuniti
Kelantan
Bachok
14
22
13
Beris Panchor
Komuniti
Kelantan
Bachok
11
14
14
Kampung Chandang
Komuniti
Kelantan
Pasir Mas
7
17
15
Kampung Kubang Gendang Chetok
Komuniti
Kelantan
Pasir Mas
5
10
16
Kampung Sungai Sia
Komuniti
Pahang
Raub
9
299
17
Nasakot
Komuniti
Sabah
Ranau
31
97
18
Kampung Pecah Rotan
Komuniti
Terengganu
Kuala Nerus dan Kuala Terengganu
95
548
19
Kampung Nelayan Benut
Komuniti
Johor
Pontian
25
159
20
Jalan USJ 1/3B
Kumpulan Berisiko Tinggi
Selangor
Petaling
16
26
21
Dah Gajah Mati
Kumpulan Berisiko Tinggi
Kedah
Kota Setar, Pendang, Kuala Muda, Kulim, dan Bandar Baharu
Unsubscribe to no longer receive posts from From the Desk of the Director-General of Health Malaysia. Change your email settings at Manage Subscriptions.
No comments:
Post a Comment