Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 18,200 kes (1,278,670 kes kumulatif, 82.2%);
  • Kes baharu : 19,807 kes (1,555,093 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,802 kes [16,605 warganegara (83.9%);  3,197 bukan warganegara (16.1%)];
  • Kes aktif : 262,255 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,026 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 496 kes;
  • Kes kematian : 232 kes [14,168 kes kumulatif, 0.91%;
  • 201 warganegara, 31 bukan warganegara; 
  • 43 kes BID (32 warganegara; 11 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,442 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 24 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,006 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,436 kluster.

Daripada 19,807 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 343 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,464 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 16,368 kes (82.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 232 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 94 kes di Selangor, 64 kes di Johor, 16 kes di Sabah, 15 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 11 kes di Kedah, sembilan (9) kes di Kelantan, lapan (8) kes di Pulau Pinang, lima (5) kes di Perak, masing-masing tiga (3) kes di Melaka dan Negeri Sembilan, dua (2) kes di Terengganu, serta masing-masing satu (1) kes di Sarawak dan Pahang.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 21 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 21 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.04. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis dan Sarawak (masing-masing nilai RT 1.31), diikuti oleh Sabah (nilai RT 1.22) dan Pulau Pinang (nilai RT 1.16). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1


LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 19,807 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 22 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 5,379 100 3,105 2 2,172
SABAH 2,638 158 1,640  - 840
KEDAH 1,948 90 1,179  - 679
SARAWAK 1,772 221 1,078 1 472
PULAU PINANG 1,501 138 576  - 787
JOHOR 1,391 345 677 - 369
KELANTAN 1,196 118 829  - 249
WP KUALA LUMPUR 999 19 519 2 459
PERAK 703 136 237  - 330
PAHANG 598 68 418  - 112
MELAKA 558 110 185  - 263
TERENGGANU 534 24 378 - 132
NEGERI SEMBILAN 508 59 245  - 204
 PERLIS 54 7 22  - 25
WP PUTRAJAYA 24 - 11  - 13
WP LABUAN 4 - 1  - 3
JUMLAH KESELURUHAN 19,807 1,593 11,100 5 7,109

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 22 OGOS 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Jalan Istimewa Lapan Tempat Kerja Johor Johor Bahru 44 100
2 Industri Jalan Haji Manan Kluang Tempat Kerja Johor Kluang 17 26
3 Jalan SME Satu Tempat Kerja Johor Kulai 10 52
4 Dermaga Halaman Timur Tempat Kerja Johor Johor Bahru 8 22
5 Jalan TDB Satu Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 24 124
6 Industri Lot Tujuh Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 21 210
7 Industri Jalan Elkay Utama Tempat Kerja Melaka Jasin 39 1,650
8 Jalan Jinjang Aman Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong 10 11
9 Tapak Bina Jalan Gelugor 2 Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Utara 59 74
10 Dataran Satria Perwira Tempat Kerja Negeri Sembilan Tampin 52 84
11 Perusahaan Tupai 15 Tempat Kerja Perak Larut, Matang, dan Selama 9 31
12 Industri Jalan Lundang Tempat Kerja Kelantan Tumpat dan Kota Bharu 8 13
13 Kampung Machang Gochoh Komuniti Kelantan Pasir Mas 5 11
NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
14 Kampung Durian Kudung Komuniti Kelantan Bachok 20 45
15 Kampung Padang Tengah Komuniti Kelantan Kota Bharu 15 20
16 Kampung Pauh Temangan Komuniti Kelantan Machang 27 53
17 Perumahan Jalan Padang Tembak Komuniti Kelantan Kota Bharu dan Tanah Merah 20 29
18 Semada Komuniti Sarawak Serian 58 80
19 Sungai Penyarai 2 Komuniti Sarawak Tatau dan Bintulu 57 101
20 Kampung Matang Lot Komuniti Sarawak Kuching 21 100
21 Kampung Lintang Baru Komuniti Sarawak Serian 62 92
22 Kampung Sungai Kabuk Komuniti Pahang Cameron Highlands 13 213
23 Kampung Penangah Komuniti Sabah Tongod 36 120
24 Jalan Besar Pulau Meranti Kumpulan Berisiko Tinggi Selangor Sepang 26 53


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 21 OGOS 2021

NEGERI NILAI RT
 PERLIS 1.31
SARAWAK 1.31
SABAH 1.22
PULAU PINANG 1.16
KELANTAN 1.11
PERAK 1.10
KEDAH 1.10
MELAKA 1.08
JOHOR 1.06
PAHANG 1.05
TERENGGANU 1.05
SELANGOR 0.97
WP KUALA LUMPUR 0.92
NEGERI SEMBILAN 0.89
WP PUTRAJAYA 0.81
WP LABUAN 0
MALAYSIA 1.04