SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

2 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 11,767 kes (937,732 kes kumulatif, 81.8%);
  • Kes baharu : 15,764 kes (1,146,186 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (2 warganegara, 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 15,758 kes [13,224 warganegara (83.9%);  2,534 bukan warganegara (16.1%)];
  • Kes aktif : 199,051 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,063 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 532 kes;
  • Kes kematian : 219 kes (9,403 kes kumulatif, 0.82%; 201 warganegara, 18 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,731 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 29 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,603 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,128 kluster.

Daripada 15,764 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 286 kes (1.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 15,478 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 3,525 kes (22.4 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19 (sekurang-kurangnya telah menerima 1 dos). Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 219 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 105 kes di Selangor, 41 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 24 kes di Johor, sembilan (9) kes di Melaka, lapan (8) kes di Pahang, tujuh (7) kes di Negeri Sembilan, masing-masing enam (6) kes di Kedah dan Perak, masing-masing empat (4) kes di Kelantan dan Terengganu, tiga (3) kes di Sabah, serta masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 1 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 1 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.08. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.53) diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.35), dan Kelantan (nilai RT 1.25). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 Ogos 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 2 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 6,067 (2) 419,812
WP KUALA LUMPUR 1,536 (2) 126,649
JOHOR 1,222 (1) 92,950
SABAH 1,166 86,889
SARAWAK 411 (1) 77,717
NEGERI SEMBILAN 862 73,162
KEDAH 1,108 48,250
PULAU PINANG 667 47,252
KELANTAN 552 44,005
PERAK 748 39,120
MELAKA 463 32,515
PAHANG 475 25,587
TERENGGANU 425 17,802
WP LABUAN 7 9,673
WP PUTRAJAYA 46 4,069
 PERLIS 9 734
JUMLAH KESELURUHAN 15,764 (6) 1,146,186

LAMPIRAN 3

Perincian 15,764 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 6,067 199 3,556 2 2,310
WP KUALA LUMPUR 1,536 324 663 2 547
JOHOR 1,222 279 701 1 241
SABAH 1,166 147 674 - 345
KEDAH 1,108 94 665 - 349
NEGERI SEMBILAN 862 36 526 - 300
PERAK 748 297 199 - 252
PULAU PINANG 667 92 321 - 254
KELANTAN 552 177 202 - 173
PAHANG 475 94 300 - 81
MELAKA 463 123 253 - 87
TERENGGANU 425 84 248 - 93
SARAWAK 411 96 248 1 66
WP PUTRAJAYA 46 - 17 - 29
 PERLIS 9 - 7 - 2
WP LABUAN 7 - 4 - 3
JUMLAH KESELURUHAN 15,764 2,042 8,584 6 5,132

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 2 OGOS 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Jalan Bestari Empat Tempat Kerja Johor Johor Bahru 45 104
2 Jalan Industri Lapan Emas Tempat Kerja Johor Pontian 24 255
3 Batu 10 Skudai Tempat Kerja Johor Johor Bahru dan Kulai 19 112
4 Industri Lagenda Putra Lapan Tempat Kerja Johor Kulai 16 96
5 Industri Perai Dua Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan 35 685
6 Lintang Batu Lanchang Tempat Kerja Pulau Pinang Timur Laut dan Barat Daya 24 64
7 Zon Dagang  Bebas Perai Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan 10 37
8 Tapak Bina Batu Lima 2 Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Lembah Pantai 179 430
9 Jalan Pusat Bandar Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong 19 43
10 Sungai Enggang Tempat Kerja Pahang Rompin 14 186
11 Kampung Tanjung Balok Tempat Kerja Pahang Kuantan 9 103
12 Sibulu Tempat Kerja Sabah Tenom 55 114
13 Cabang Tiga Lemal Tempat Kerja Kelantan Pasir Mas 8 68
14 Paloh Gua Musang Komuniti Kelantan Gua Musang 34 55
15 Aring Gua Musang Komuniti Kelantan Gua Musang 32 37
16 Kampung Bukit Cina Kok Lanas Komuniti Kelantan Kota Bharu dan Machang 22 30
17 Cabang Empat Chetok 2 Komuniti Kelantan Pasir Mas 18 25
18 Kampung Kubang Telaga Komuniti Kelantan Bachok 16 22
19 Kampung Dewan Kecil Komuniti Kelantan Machang 10 36
20 Kerteh Tiga Komuniti Terengganu Dungun 60 222
21 Dah Kampung Tok Komuniti Kedah Kota Setar 39 114
22 Tembeling Tengah Komuniti Pahang Jerantut 27 100
23 Kampung Esso Intan Komuniti Perak Hilir Perak 22 31
24 Kampung Raya Sagil Komuniti Johor Tangkak 13 16
25 Jalan Pekan Baru Kumpulan Berisiko Tinggi Selangor Klang 24 28
26 Jalan Hospital Bandar Kota Bharu Kumpulan Berisiko Tinggi Kelantan Kota Bharu, Pasir Mas, dan Pasir Puteh 17 50
27 Jalan Temenggong Ahmad Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Muar 9 51
28 Kampung Dalam Rhu Tumpat Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar KPM Kelantan Tumpat 23 77
29 Kampung Belukar Kadok Keagamaan Kelantan Kota Bharu 8 15


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 1 OGOS 2021

NEGERI NILAI RT
PERLIS 1.53
TERENGGANU 1.35
KELANTAN 1.25
KEDAH 1.22
PULAU PINANG 1.20
SABAH 1.19
PERAK 1.19
WP PUTRAJAYA 1.16
PAHANG 1.16
JOHOR 1.14
WP KUALA LUMPUR 1.12
SARAWAK 1.10
MELAKA 1.10
SELANGOR 1.08
NEGERI SEMBILAN 0.93
WP LABUAN 0.63
MALAYSIA 1.08