SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

18 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 19,680 kes (1,198,726 kes kumulatif, 81.7%);
  • Kes baharu : 22,242 kes (1,466,512 kes kumulatif);
  • Kes import : 4 kes (1 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 22,238 kes [18,243 warganegara (82.0%);  3,995 bukan warganegara (18.0%)];
  • Kes aktif : 254,484 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,060 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 540 kes;
  • Kes kematian : 225 kes [13,302 kes kumulatif, 0.91%; 198 warganegara, 27 bukan warganegara; 35 kes BID (27 warganegara; 8 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,306 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 49 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,920 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,386 kluster.

Daripada 22,242 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 430 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 21,812 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 18,631 kes (83.8 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 225 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 74 kes di Selangor, 37 kes di Johor, 24 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 18 kes di Sabah, 15 kes di Pulau Pinang, 14 kes  di Kedah, sembilan (9) kes di Perak,  lapan (8) kes di Negeri sembilan, tujuh (7) kes di Melaka, masing-masing enam (6) kes di Kelantan dan Pahang, lima (5) kes di Terengganu, dan dua (2) kes di Sarawak.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 17 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 17 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.04. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.29), diikuti oleh Sarawak (nilai RT 1.19), dan Sabah (nilai RT 1.17). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Negeri Sembilan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

TINDAKAN YANG DIPERLUKAN BAGI MENGURANGKAN RISIKO DAN KESAN PEMBUKAAN SEMULA LEBIH BANYAK SEKTOR EKONOMI DAN SOSIAL

KKM mengambil maklum dan memahami kepentingan pengumuman Kerajaan mengenai pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomi dan sosial secara berperingkat berdasarkan kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN), iaitu bagi mengimbangi usaha menyelamatkan nyawa (lives) serta aktiviti mata pencarian (livelihood). Pada masa yang sama KKM juga berusaha sedaya upaya dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan memfokuskan usaha untuk menangani risiko bagi mengelakkan pembentukan lebih banyak kluster.

Tindakan-tindakan KKM memerlukan kerjasama dan kepatuhan semua pihak agar ianya berjaya mengawal situasi semasa jangkitan COVID-19 di negara kita di mana ianya masih berada pada tahap yang membimbangkan. Kes harian masih menunjukkan purata tujuh (7) hari kes jangkitan COVID-19 sekitar 20 ribu kes sehari. 

Secara keseluruhan terdapat sebanyak 2,913 kluster telah dilaporkan sejak permulaan fasa kedua gelombang ketiga iaitu pada 28 Mac 2021 (Minggu Epidemiologi ke-13). Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,549 kluster (53.2 peratus) adalah kluster tempat kerja dan 880 kluster (30.2 peratus) adalah kluster komuniti.

Kluster komuniti

Sejak permulaan fasa kedua gelombang ketiga sehingga kini, KKM telah melaporkan sebanyak 880 kluster komuniti yang melibatkan:

  • positif COVID-19;
  • masih sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU);
  • telah dilaporkan dalam kluster-kluster ini; dan
  • 439 kluster masih aktif.

Negeri yang melaporkan kluster komuniti tertinggi adalah Kelantan (239 kluster; 27.2 peratus), Sarawak (171 kluster; 19.4 peratus), dan Sabah (94 kluster; 10.7 peratus).

Kluster komuniti yang dilaporkan ini berpunca daripada penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga atau kontak rapat seperti;

  • Aktiviti ziarah-menziarahi keluarga atau penularan di kawasan kediaman (481 kluster);
  • Komuniti di rumah panjang (44 kluster); dan
  • Majlis sambutan perayaan (55 kluster).

Siasatan epidemiologi di lapangan mendapati bahawa walaupun telah ada larangan bagi mengadakan majlis sosial atau menerima pelawat dan tetamu, masih ada di kalangan anggota masyarakat yang menjalankan aktiviti ziarah menziarahi atau berkumpul dalam majlis dan seterusnya, mencetuskan kluster dalam komuniti.

Kluster Tempat Kerja

Bagi kluster kategori tempat kerja, bermula 28 Mac 2021 (Fasa kedua gelombang ketiga) sehingga 17 Ogos 2021, KKM telah melaporkan sebanyak 1,549 kluster tempat kerja yang melibatkan:

  • positif COVID-19;
  • masih sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU);
  • telah dilaporkan dalam kluster tempat kerja ini; dan
  • masih aktif dan di bawah tempoh pemantauan wabak.

Negeri yang melaporkan kluster tempat kerja tertinggi adalah Selangor (414 kluster; 26.7 peratus), Johor (322 kluster; 20.8 peratus), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (149 kluster; 9.6 peratus).

Tiga (3) sub-kluster tempat kerja tertinggi yang dilaporkan dalam tempoh ini melibatkan;

  • Sektor pengilangan (780 kluster);
  • Sektor perkhidmatan (260 kluster); dan
  • Sektor pembinaan (181 kluster).

Usaha untuk menurunkan kluster di tempat kerja memerlukan penekanan terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di tempat kerja, pemantapan vaksinasi di kalangan pekerja serta penguatkuasaan yang tegas. Langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh KKM adalah seperti di bawah:

  1. Mengemaskini garis panduan COVID-19: Management Guidelines For Workplaces (ANNEX 25), untuk panduan dan rujukan pihak industri. Tindakan yang perlu diambil oleh majikan dan pekerja dalam memastikan jangkitan COVID-19 di tempat kerja dapat dicegah dan dikawal;
  2. Sesi libat urus bersama pemain industri pada 27 Julai 2021, 5 Ogos 2021 dan 17 Ogos 2021. Ianya juga telah melibatkan persatuan-persatuan seperti Malaysian Employer Federation (MEF), Federation of Malaysian Manufacture (FMM), SME Association, SME Corp., wakil dari kementerian seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), JKKP, Kementerian Sumber Manusia (KSM), dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

KKM ingin kembali menyarankan perkara berikut untuk sentiasa diamalkan dan diberi perhatian secara serius oleh semua pihak yang bertanggung jawab seperti ketua unit komuniti/majikan dan individu /pekerja;

Oleh itu, kita wajar mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa sebelum ini sehingga membawa kepada banyak kematian akibat COVID-19, serta penutupan pelbagai sektor ekonomi dan sosial berikutan peningkatan kluster di tempat kerja dan kluster komuniti. Kita seharusnya sama-sama mengambil rasa tanggungjawab dalam memelihara negara daripada terus dibelenggu oleh pandemik COVID-19. Semoga unit kehidupan kita dapat segera pulih dan berfungsi seperti sedia kala bagi memacu negara ke arah yang lebih sejahtera.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 18 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 6,547 97.50 6,858 (4) 530,971
SABAH 1,900 46.95 2,413 111,346
WP KUALA LUMPUR 1,816 95.05 1,587 159,211
KEDAH 1,745 76.96 1,852 73,939
JOHOR 1,481 37.71 1,477 115,141
PULAU PINANG 1,323 73.24 1,867 64,704
KELANTAN 1,171 59.75 1,351 60,962
SARAWAK 1,045 35.94 1,403 90,810
PERAK 963 36.88 1,036 53,657
NEGERI SEMBILAN 668 57.43 577 86,279
MELAKA 666 68.45 579 41,849
PAHANG 653 37.30 675 35,765
TERENGGANU 531 41.01 487 25,989
WP PUTRAJAYA 47 49.68 25 4,990
PERLIS 35 13.17 50 1,149
WP LABUAN 4 3.74 5 9,750
MALAYSIA 20,595 60.15 22,242 (4) 1,466,512

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 3

Perincian 22,242 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 18 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 6,858 309 3,439 4 3,106
SABAH 2,413 233 1,410 - 770
PULAU PINANG 1,867 434 544 - 889
KEDAH 1,852 45 1,018 - 789
WP KUALA LUMPUR 1,587 65 711 - 811
JOHOR 1,477 396 650 - 431
SARAWAK 1,403 113 884 - 406
KELANTAN 1,351 134 900 - 317
PERAK 1,036 78 449 - 509
PAHANG 675 140 436 - 99
MELAKA 579 86 276 - 217
NEGERI SEMBILAN 577 22 232 - 323
TERENGGANU 487 58 364 - 65
PERLIS 50 7 27 - 16
WP PUTRAJAYA 25 - 12 - 13
WP LABUAN 5 - 2 - 3
JUMLAH KESELURUHAN 22,242 2,120 11,354 4 8,764

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 18 OGOS 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Tapak Bina Jalan  Warisan Tempat Kerja Selangor Sepang 216 325
2 Industri Perusahaan Cheras Jaya Tempat Kerja Selangor Hulu Langat dan Petaling 142 181
3 Industri Jalan Hi-Tech Tujuh Tempat Kerja Selangor Hulu Langat dan Petaling 78 105
4 Industri Sri Muda Tempat Kerja Selangor Klang,  Petaling, dan Kuala Selangor 69 149
5 Tapak Bina Bestari Dua Tempat Kerja Selangor Sepang 35 89
6 Industri Jalan Keretapi Lama Tempat Kerja Selangor Kuala Selangor 14 65
7 Industri Integrasi Rawang  3/6 Tempat Kerja Selangor Gombak 14 26
8 Industri Jalan Raja Musa Tempat Kerja Selangor Kuala Selangor 10 72
9 Industri Zon Dagang Satu 2 Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan 221 397
10 Lorong Industri Enam Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 57 183
11 Lorong IKS Bukit Minyak Satu Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 26 55
12 Jalan IKS Bukit Minyak Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 20 44
13 Jalan Tengah Bayan Baru Tempat Kerja Pulau Pinang Barat Daya 11 101
14 Lorong Jelawat  Lapan Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara 10 107
15 Batu 25 Jalan  Kuching - Serian Tempat Kerja Sarawak Serian 36 52
16 Tanjong Kibong Dua Tempat Kerja Sarawak Sibu 17 60
17 Dijih Tempat Kerja Sarawak Selangau 13 33
18 Kampung Langgot Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu dan Bachok 14 19
19 Lorong Merak Pintu Geng Tempat Kerja Kelantan Tumpat dan Kota Bharu 10 21
20 Batu Lapan Jalan Kuala Krai Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu 10 15
21 Jalan I-Park  Satu  Indahpura Tempat Kerja Johor Kulai 40 753
22 Perindustrian Idaman Enam Tempat Kerja Johor Kulai dan Kota Tinggi 20 41
23 Jalan Masyhur Satu Tempat Kerja Johor Johor Bahru 16 44
24 Tapak Bina Medini Sentral Dua Tempat Kerja Johor Johor Bahru 14 131
25 Perindustrian Dua Pontian Tempat Kerja Johor Pontian 13 48
26 Jalan Desa Kiara Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong dan Lembah Pantai 20 52
27 Sungai Pin 2 Tempat Kerja Sabah Kinabatangan 20 93
28 Sungai Pinang Kecil Tempat Kerja Perak Manjung 30 60
29 Industri Hulu Balok Tempat Kerja Pahang Kuantan 63 259
30 Industri Lot 14 Batu Berendam Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 31 242
31 Kampung Kelar Godel Komuniti Kelantan Pasir Mas 16 23
32 Kampung Keladang Komuniti Kelantan Kota Bharu 16 23
33 Kampung Pulau Pasir Komuniti Kelantan Kota Bharu 11 17
34 Kampung Pangkal  Pisang Komuniti Kelantan Kota Bharu 9 14
35 Kampung Lubok Gong Komuniti Kelantan Pasir Mas 8 9
36 Kampung Siram Komuniti Kelantan Pasir Mas 5 10
37 Jalan  Mersing - Kluang Komuniti Johor Mersing 89 421
38 Bukit Batu Simpang Renggam Komuniti Johor Kluang 32 51
39 Parit 3A Sungai Manik Komuniti Perak Hilir Perak 21 41
40 Tanjung Keramat  Langkap Komuniti Perak Hilir Perak 19 35
41 Permata Dengkil Komuniti Selangor Sepang, Hulu Langat, dan Petaling 139 200
42 Dah Kampung Tokai Komuniti Kedah Pendang 58 137
43 Kampung Pasir Durian Komuniti Pahang Jerantut 17 188
44 Jalan Residensi 2 Kumpulan  Berisiko  Tinggi Pulau Pinang Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan 30 106
45 Jalan Rengas Kumpulan  Berisiko  Tinggi Selangor Klang dan Petaling 15 59
46 Jalan Manggis Muar Kumpulan  Berisiko  Tinggi Johor Muar 13 39
47 Jalan Sepadu Kumpulan  Berisiko  Tinggi WP Kuala Lumpur Lembah Pantai 12 13
48 Cabang Tiga Midin Kumpulan  Berisiko  Tinggi Kelantan Pasir Puteh dan Kota Bharu 7 29
49 Pagar Jalan Sekolah Arab Pusat  Tahanan Johor Pontian 26 92


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 17 OGOS 2021

NEGERI NILAI RT
PERLIS 1.29
SARAWAK 1.19
SABAH 1.17
KELANTAN 1.16
PULAU PINANG 1.15
KEDAH 1.11
PERAK 1.09
JOHOR 1.07
MELAKA 1.07
TERENGGANU 1.07
PAHANG 1.06
SELANGOR 1.01
WP KUALA LUMPUR 0.98
NEGERI SEMBILAN 0.95
WP PUTRAJAYA 0.91
WP LABUAN 0
MALAYSIA 1.04