SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

15 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 16,945 kes (1,145,128 kes kumulatif, 81.5%);
  • Kes baharu : 20,546 kes (1,404,899 kes kumulatif);
  • Kes import : 14 kes (1 warganegara, 13 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 20,532 kes [17,273 warganegara (84.1%);  3,259 bukan warganegara (15.9%)];
  • Kes aktif : 247,261 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,059 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 526 kes;
  • Kes kematian : 282 kes [12,510 kes kumulatif, 0.89%;
  • 214 warganegara, 68 bukan warganegara; 101 kes BID (46 warganegara; 55 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,183 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 29 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,866 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,317 kluster.

Daripada 20,546 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 373 kes (1.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,173 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 17,802 kes (86.64 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 282 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 108 kes di Selangor, 45 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 44 kes di Johor, 24 kes di Pulau Pinang, 15 kes di Kedah, 13 kes di Perak, sembilan (9) kes di Sabah, masing-masing enam (6) kes di Sarawak dan Melaka, lima (5) kes di Negeri Sembilan, empat (4) kes di Pahang, dan tiga (3) kes di Kelantan.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 14 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 14 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.47), diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.20), serta Sabah dan Pulau Pinang (masing-masing nilai RT 1.17). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

15 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 15 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 6,773 100.85 7,307 512,654
WP KUALA LUMPUR 2,001 104.70 1,442 154,499
KEDAH 1,659 73.18 1,596 68,632
SABAH 1,602 39.59 1,665 105,102
JOHOR 1,481 37.73 1,508 110,845
PULAU PINANG 1,131 62.59 1,111 60,311
KELANTAN 1,085 55.37 1,025 57,116
PERAK 921 35.26 1,069 50,582
NEGERI SEMBILAN 865 74.44 698 84,869
SARAWAK 802 27.57 963 87,006
PAHANG 607 34.71 926 33,774
MELAKA 560 57.59 631 39,527
TERENGGANU 511 39.48 534 24,316
WP PUTRAJAYA 58 60.86 47 4,881
 PERLIS 30 11.44 21 1,042
WP LABUAN 5 4.43 3 9,743
MALAYSIA 20,091 58.68 20,546 (14) 1,404,899

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

 LAMPIRAN 3

Perincian 20,546 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 15 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 7,307 282 4,240 3 2,782
SABAH 1,665 226 915 - 524
KEDAH 1,596 155 831 - 610
JOHOR 1,508 325 818 - 365
WP KUALA LUMPUR 1,442 121 682 3 636
PULAU PINANG 1,111 60 402 - 649
PERAK 1,069 137 288 - 644
KELANTAN 1,025 63 652 - 310
SARAWAK 963 82 670 2 209
PAHANG 926 321 455 6 144
NEGERI SEMBILAN 698 9 372 - 317
MELAKA 631 160 306 - 165
TERENGGANU 534 63 406 - 65
WP PUTRAJAYA 47 - 32 - 15
PERLIS 21 7 6 - 8
WP LABUAN 3 - 3 - 0
JUMLAH KESELURUHAN 20,546 2,011 11,078 14 7,443

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 15 OGOS 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Puncak Alam Enam Selangor Kuala Selangor Tempat Kerja 15 30
2 Industri Jalan Jurunilai Selangor Klang dan Petaling Tempat Kerja 160 1,105
3 Industri Alam Jaya 2/1 2 Selangor Kuala Selangor Tempat Kerja 30 61
4 Tapak Bina Persiaran Grandeur Selangor Kuala Selangor Tempat Kerja 36 56
5 Jalan Tahana Tampoi Johor Johor Bahru Tempat Kerja 29 53
6 Jalan Sri Plentong Lapan Johor Johor Bahru Tempat Kerja 22 38
7 Industri Angkasa Mas Utama Johor Johor Bahru Tempat Kerja 27 83
8 Jalan Tahana Tampoi Dua Johor Johor Bahru Tempat Kerja 15 36
9 Industri Jalan Minyak Beku Johor Batu Pahat Tempat Kerja 13 300
10 Industri Jalan 6/44 Padang Tembak Kelantan Kota Bharu dan Tumpat Tempat Kerja 9 22
11 Cabang Empat Gunong Kelantan Kota Bharu dan Bachok Tempat Kerja 9 45
12 Tapak Bina Jalan Universiti Perak Kampar Tempat Kerja 33 422
13 Tapak Bina Jalan Bemban Perak Kinta Tempat Kerja 67 87
14 Tapak Bina Jalan Sri Hartamas WP Kuala Lumpur Kepong Tempat Kerja 61 169
15 Dah Tujuh Industri Sungai Petani Kedah Kuala Muda Tempat Kerja 34 95
16 Segama Batu Satu Lahad Datu Sabah Lahad Datu Tempat Kerja 18 39
17 Zon Industri Jejawi Perlis Kangar Tempat Kerja 23 27
18 Kampung Che Bee Salor Kelantan Kota Bharu Komuniti 13 20
19 Kampung Perupok Tikat Kelantan Kota Bharu Komuniti 11 19
20 Kampung Berek Pak Tua Long Kelantan Pasir Mas Komuniti 24 54
21 Kampung Bongkok Kerayong Pahang Bera Komuniti 41 128
22 Kampung Luit Maran Pahang Maran Komuniti 20 33
23 Paka Kawiyan Sabah Ranau Komuniti 41 132
24 Tangkuyan Sabah Kinabatangan Komuniti 129 310
25 Batu 16 Sumun Perak Hilir Perak Komuniti 27 67
26 Dah Kampung Pasir Kedah Kubang Pasu Komuniti 38 84
27 Kampung Sungai Laruh Sarawak Kuching Komuniti 13 81
28 Jalan Cheras 2 Selangor Hulu Langat Kumpulan Berisiko Tinggi 15 36
29 Jalan Sentosa Rawang Selangor Gombak Kumpulan Berisiko Tinggi   26 101


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 14 OGOS 2021

NEGERI NILAI RT
PERLIS 1.47
KELANTAN 1.20
SABAH 1.17
PULAU PINANG 1.17
SARAWAK 1.13
KEDAH 1.11
PERAK 1.11
JOHOR 1.10
PAHANG 1.06
TERENGGANU 1.04
WP KUALA LUMPUR 1.02
SELANGOR 1.02
MELAKA 1.01
NEGERI SEMBILAN 1.00
WP PUTRAJAYA 0.89
WP LABUAN 0.00
MALAYSIA 1.05