SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

1 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 11,326 kes (925,965 kes kumulatif, 81.9%);
  • Kes baharu : 17,150 kes (1,130,422 kes kumulatif);
  • Kes import : 1 kes (1 warganegara);
  • Kes tempatan : 17,149 kes [14,443 warganegara (84.2%);  2,706 bukan warganegara (15.8%)];
  • Kes aktif : 195,273 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,059 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 531 kes;
  • Kes kematian : 160 kes (9,184 kes kumulatif, 0.81%; 140 warganegara, 20 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,702 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 23 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,586 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,116 kluster.

Daripada 17,150 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 745 kes (4.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 16,405 kes (95.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes, sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1

Rajah 1 Status Vaksinasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 160 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 55 kes di Selangor, 25 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing 14 kes di Negeri Sembilan dan Johor, masing-masing 10 kes di Melaka dan Kedah, lapan (8) kes di Pahang, tujuh (7) kes di Sabah, enam (6) kes di Pulau Pinang, masing-masing empat (4) kes di Kelantan dan Perak, serta tiga (3) kes di Terengganu.  

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 31 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 31 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.10. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.47) dan Terengganu (nilai RT 1.42) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.27). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Ogos 2021 @ 7:15 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 6,326 413,745
WP KUALA LUMPUR 2,086 (1) 125,113
JOHOR 1,045 91,728
SABAH 1,002 85,723
SARAWAK 578 77,306
NEGERI SEMBILAN 809 72,300
KEDAH 1,511 47,142
PULAU PINANG 752 46,585
KELANTAN 459 43,453
PERAK 693 38,372
MELAKA 686 32,052
PAHANG 676 25,112
TERENGGANU 429 17,377
WP LABUAN 5 9,666
WP PUTRAJAYA 72 4,023
PERLIS 21 725
JUMLAH KESELURUHAN 17,150 (1) 1,130,422

LAMPIRAN 3

Perincian 17,150 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 6,326 170 4,023 - 2,133
WP KUALA LUMPUR 2,086 685 731 1 669
KEDAH 1,511 185 866 - 460
JOHOR 1,045 275 537 - 233
SABAH 1,002 133 591 - 278
NEGERI SEMBILAN 809 25 529 - 255
PULAU PINANG 752 83 322 - 347
PERAK 693 71 330 - 292
MELAKA 686 196 322 - 168
PAHANG 676 141 396 - 139
SARAWAK 578 64 440 - 74
KELANTAN 459 129 258 - 72
TERENGGANU 429 173 218 - 38
WP PUTRAJAYA 72 - 49 - 23
PERLIS 21 - 7 - 14
WP LABUAN 5 - 4 - 1
JUMLAH KESELURUHAN 17,150 2,330 9,623 1 5,196

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 1 OGOS 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Jalan Gemilang Kluang Tempat Kerja Johor Kluang 24 89
2 Industri Tanjung Kulai Tempat Kerja Johor Kulai 13 101
3 Jalan Tembaga Dua Tempat Kerja Johor Johor Bahru 13 303
4 Jalan Angkasa Mas Utama Tempat Kerja Johor Johor Bahru 14 127
5 Jalan Bertam Lima Tempat Kerja Johor Johor Bahru 16 73
6 Industri Jalan Tunjong Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu, Machang, dan Tumpat 6 15
7 Jalan Padang Tembak 2 Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu 24 41
8 MIEL Batang Kali Tempat Kerja Selangor Hulu Selangor 22 106
9 Tapak Bina Jalan Impian Indah Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Lembah Pantai 428 771
10 Jalan Ong Yi How Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Utara 20 37
11 Industri Tanjung Bruas Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 99 200
12 Kampung Tok Junuh Mahligai Komuniti Kelantan Bachok 13 28
13 Kampung Jelutong Gunong Komuniti Kelantan Bachok 16 51
14 Jalan Sultan Ibrahim Komuniti Kelantan Kota Bharu 8 20
15 Kampung Quop Komuniti Sarawak Kuching 19 50
16 Kandis Pantu Komuniti Sarawak Sri Aman 6 9
17 Tembidong Bidong Komuniti Sabah Telupid dan Beluran 88 292
18 Jalan Patikang Ulu Komuniti Sabah Keningau 17 24
19 Gerachi Komuniti Selangor Hulu Selangor 29 44
20 Jalan Sejahtera Lapan Kumpulan Berisiko Tinggi Selangor Klang 5 23
21 Jalan Kerayong Kumpulan Berisiko Tinggi WP Kuala Lumpur Cheras 47 50
22 Jalan Maktab 2 Institusi Pendidikan KPM Selangor Sepang dan Hulu Langat 25 42
23 Pagar Pasir Puteh Pusat Tahanan Kelantan Pasir Puteh 12 16


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 31 JULAI 2021

NEGERI NILAI RT
PERLIS 1.47
TERENGGANU 1.42
KELANTAN 1.27
SABAH 1.21
KEDAH 1.21
PERAK 1.21
WP PUTRAJAYA 1.20
PULAU PINANG 1.18
JOHOR 1.17
PAHANG 1.15
WP KUALA LUMPUR 1.10
SELANGOR 1.08
SARAWAK 1.05
MELAKA 1.05
NEGERI SEMBILAN 0.90
WP LABUAN 0.70
MALAYSIA 1.10