[New post] Kenyataan Akhbar KPK 2 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
DG of Health posted: " SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 2 JULAI 2021 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari"
New post on From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 6,278 kes (694,538 kes kumulatif, 90.7%);
Kes baharu : 6,982 kes (765,949 kes kumulatif);
Kes import : 3 kes (2 warganegara, 1 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,979 kes [5,265 warganegara (75.4%); 1,714 bukan warganegara (24.6%)];
Kes aktif : 66,084 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 905 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 443 kes;
Kes kematian : 73 kes (5,327 kes kumulatif, 0.70%; 64 warganegara, 9 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 2,882 kluster;
Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 2,005 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 877 kluster.
Sebanyak 73 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 29 kes di Selangor, 13 kes di Negeri Sembilan, masing-masing lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah,masing-masing empat (4) kes di Johor, Pahang, dan Sarawak, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Labuan,masing-masing dua (2) kes di Kelantan dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu (1) kes di Melaka dan Kedah.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
PENINGKATAN KES KEMATIAN SEBELUM TIBA KE HOSPITAL (BID) PESAKIT COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 2 Julai 2021, KKM telah merekodkan sebanyak 5,327 kes kematian (0.70 peratus) sejak pandemik COVID-19 melanda negara kita. Manakala, sebanyak 4,856 (91.2 peratus) kes kematian telah dilaporkan pada tahun 2021. Daripada jumlah kematian pada tahun 2021, sebanyak 670 (13.8 peratus) kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID) dilaporkan. Analisa CPRC Kebangsaan juga mendapati terdapat kenaikan tren kes-kes kematian BID iaitu sebanyak tujuh (7) kali ganda dari bulan April (35 kes) sehingga Jun 2021 (246 kes).
Kebanyakan kes kematian BID ini adalah dari kumpulan umur 50 tahun sehingga 70 tahun (iaitu sebanyak 76.7 peratus) dengan sekurang-kurangnya satu komorbid (64.5 peratus). Tiga (3) negeri yang merekodkan kes kematian BID tertinggi pada tahun ini adalah Selangor iaitu sebanyak 181 kes (27.0 peratus), diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 78 kes (11.6 peratus), dan Sabah sebanyak 85 kes (12.7 peratus).
Orang ramai perlu cakna dalam memantau kesihatan kendiri terutamanya apabila disahkan positif dan berada dalam pemantauan di rumah. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh setiap individu, iaitu;
Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif;
Amalkan kuarantin kendiri di rumah dengan penuh tanggungjawab sementara menunggu keputusan ujian dan panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan COVID-19 Assessment Centre (CAC);
Maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau CAC berdekatan sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen;
Segera laporkan sebarang "warning signs" dan dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan. Warning signs merupakan gejala yang memberi petanda bahawa keadaan seseorang pesakit COVID-19 semakin teruk. Antara warning signs yang memerlukan rawatan segera adalah seperti berikut:
Demam berpanjangan;
Kesukaran bernafas;
Sakit dada;
Kurang selera makan dan minum;
Kelesuan bertambah teruk;
Perubahan pada status mental seperti kurang tahap sedar dan kekeliruan;
Batuk, muntah, dan cirit yang semakin teruk;
Kurang buang air kecil;
Bibir atau jari menjadi kebiruan; dan
Ketepuan oksigen <95%.
Ahli keluarga atau rakan serumah dinasihatkan agar prihatin dan peka terhadap keadaan dan kesihatan pesakit COVID-19 dengan memanfaatkan teknologi komunikasi untuk memantau kesihatan pesakit sepanjang pemantauan kuarantin di rumah.
Selain itu, beberapa langkah telah dan sedang diambil oleh Kementerian dengan kerjasama pelbagai agensi bagi mengatasi situasi berkenaan;
Pengukuhan Fungsi CAC
KKM sedang menambahbaik proses pemantauan oleh CAC di seluruh negara bagi membolehkan penilaian awal menyeluruh dapat dilakukan segera terhadap kes-kes positif. Kes-kes ini seterusnya akan ditentukan sama ada boleh menjalani pengasingan dan pemantauan kendiri di rumah, perlu dimasukkan ke Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PRKC) atau dirujuk ke hospital. Dengan pengukuhan CAC, pemantauan kes dapat dijalankan dengan lebih baik dan rujukan segera dapat dilakukan sekiranya perlu.
Meningkatkan Kapasiti Makmal
KKM akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan kapasiti ujian pengesanan virus SARS-CoV-2 harian yang terdiri daripada ujian RT-PCR dan RTK-Ag. Bagi meningkatkan kapasiti ujian RT-PCR, KKM menjalankan kerjasama dengan makmal-makmal dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pertahanan Malaysia, dan makmal-makmal swasta, manakala ujian RTK-Ag pula dijalankan oleh klinik dan hospital swasta secara meluas sama ada secara individu atau mass screening. Kerjasama di antara agensi dan sektor ini telah membolehkan aktiviti pengesanan kes dan tindakan kesihatan awam lain dilaksanakan dengan segera.
Pendigitalan Pengurusan Pandemik COVID-19
KKM akan memulakan inisiatif peranti pintar di beberapa buah CAC termasuk pulse oxymeter bagi memantau keadaan semasa pesakit COVID-19 ketika berada di rumah. Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan, inisiatif ini bertujuan untuk mengukuhkan pengurusan pesakit COVID-19. Dengan adanya inisiatif ini, tahap kesihatan kes positif khususnya yang sedang menjalani pengasingan di rumah, dapat diselia dengan lebih baik seterusnya sebarang kemerosotan gejala dapat dikesan dengan lebih cepat.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
(elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
(AmalkanWash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
2 Julai 2021 @ 5:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 2 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI
BILANGAN KES BAHARU *( )
BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR
2,907 (1)
254,543
WP KUALA LUMPUR
637 (1)
79,303
JOHOR
517
71,611
SABAH
230
69,907
SARAWAK
440
65,835
NEGERI SEMBILAN
606 (1)
46,178
KELANTAN
129
35,048
PULAU PINANG
351
35,020
PERAK
182
26,959
KEDAH
257
25,776
MELAKA
202
18,928
PAHANG
329
14,190
TERENGGANU
44
11,295
WP LABUAN
131
8,429
WP PUTRAJAYA
20
2,332
PERLIS
0
595
JUMLAH KESELURUHAN
6,982 (3)
765,949
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 73 kes kematian pada 2 Julai 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian
Negeri
Jantina(Warganegara)
Umur (Tahun)
Hospital / Tempat Kematian
Latar Belakang Penyakit
5255
Selangor
Perempuan (WN)
38
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
-
5256
Sabah
Lelaki (WN)
64
Hospital Duchess of Kent, Sandakan
Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5257
Selangor
Lelaki (WN)
64
Hospital Kajang
Kencing manis
5258
Pahang
Perempuan (WN)
56
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Kencing manis dan darah tinggi
5259
Kelantan
Perempuan (WN)
59
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5260
Negeri Sembilan
Perempuan (WN)
74
Hospital Jempol
Darah tinggi dan jantung
5261
WP Kuala Lumpur
Lelaki (WN)
68
Hospital Sungai Buloh
Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5262
Sarawak
Perempuan (WN)
81
Hospital Sibu
Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5263
Sarawak
Lelaki (WN)
78
Hospital Umum Sarawak, Kuching
-
5264
Negeri Sembilan
Lelaki (WN)
59
Hospital Jempol
Darah tinggi dan dislipidemia
5265
Negeri Sembilan
Lelaki (WN)
33
Hospital Jempol
Darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
5266
WP Kuala Lumpur
Lelaki (WN)
78
Hospital Rehabilitasi Cheras
Darah tinggi dan jantung
5267
Negeri Sembilan
Perempuan (WN)
68
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Kencing manis dan darah tinggi
5268
Selangor
Lelaki (WN)
70
Hospital Shah Alam
Jantung
5269
Kelantan
Lelaki (WN)
75
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5270
Selangor
Lelaki (WN)
53
Hospital Sungai Buloh
Asma
5271
Johor
Perempuan (WN)
53
Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
Kencing manis dan darah tinggi
5272
Johor
Perempuan (WN)
46
Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
-
5273
Johor
Lelaki (WN)
67
Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5274
Negeri Sembilan
Lelaki (WN)
80
Hospital Jelebu
Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5275
Sabah
Perempuan (WN)
59
Hospital Lahad Datu
Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5276
Selangor
Perempuan (WN)
72
Hospital Sungai Buloh
-
5277
Johor
Perempuan (WN)
30
Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
Obesiti
5278
Selangor
Lelaki (WN)
59
Hospital Shah Alam
Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang
5279
Sarawak
Lelaki (WN)
55
Hospital Sibu
Darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5280
WP Kuala Lumpur
Perempuan (WN)
57
Hospital Kuala Lumpur
Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5281
Negeri Sembilan
Lelaki (WN)
70
Hospital Tampin
Darah tinggi, dislipidemia, dan saraf
5282
Negeri Sembilan
Lelaki (WN)
69
Hospital Jempol
Kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, dan paru-paru kronik
5283
Selangor
Lelaki (WN)
72
Hospital Kajang
Darah tinggi dan saraf
5284
Selangor
Lelaki (WN)
79
Hospital Sungai Buloh
Darah tinggi, jantung, dan kanser
5285
Pulau Pinang
Lelaki (WN)
26
Jenazah dibawa ke Hospital Pulau Pinang
Epilepsi
5286
Pahang
Lelaki (WN)
72
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
Kencing manis, darah tinggi, dan kanser
5287
Selangor
Perempuan (WN)
72
Hospital Rehabilitasi Cheras
Kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
5288
Selangor
Perempuan (WN)
58
Hospital Shah Alam
Kencing manis, darah tinggi, asma, dan buah pinggang
5289
WP Kuala Lumpur
Perempuan (WN)
60
Hospital Kuala Lumpur
Obesiti
5290
Negeri Sembilan
Perempuan (WN)
76
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Darah tinggi dan dislipidemia
5291
Pahang
Lelaki (WN)
24
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Obesiti
5292
Selangor
Perempuan (WN)
67
Hospital Kajang
Darah tinggi, dislipidemia, strok, dan buah pinggang
5293
Selangor
Perempuan (WN)
87
Hospital Serdang
-
5294
Sabah
Lelaki (WN)
89
Hospital Lahad Datu
-
5295
Selangor
Perempuan (WN)
58
Hospital Shah Alam
Kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, dan obesiti
5296
Selangor
Perempuan (WN)
53
Hospital Serdang
Kencing manis dan darah tinggi
5297
WP Kuala Lumpur
Lelaki (WN)
91
Hospital Rehabilitasi Cheras
Darah tinggi dan strok
5298
Negeri Sembilan
Perempuan (WN)
79
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Kencing manis dan darah tinggi
5299
Pahang
Lelaki (WN)
59
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Kencing manis, darah tinggi, dan saraf
5300
Selangor
Perempuan (WN)
75
Hospital Shah Alam
Kencing manis
5301
Selangor
Lelaki (WN)
70
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Strok
5302
Selangor
Lelaki (WN)
60
Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Darah tinggi
5303
Selangor
Lelaki (WN)
40
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Kanser
5304
Selangor
Lelaki (WN)
62
Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan obesiti
5305
Sabah
Lelaki (WN)
63
Jenazah dibawa ke Hospital Beaufort
Tiroid
5306
Negeri Sembilan
Lelaki (WN)
64
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, strok, jantung, dan buah pinggang
5307
WP Labuan
Perempuan (WN)
80
Jenazah dibawa ke Hospital Labuan
Darah tinggi
5308
Selangor
Perempuan (WN)
85
Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
5309
Selangor
Perempuan (WN)
78
Hospital Kajang
-
5310
Selangor
Lelaki (WN)
76
Hospital Banting
Strok
5311
Selangor
Lelaki (WN)
74
Hospital Kajang
Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5312
Selangor
Perempuan (WN)
54
Hospital Shah Alam
Kencing manis dan darah tinggi
5313
Selangor
Perempuan (WN)
70
Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Kencing manis
5314
Negeri Sembilan
Perempuan (WN)
69
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Kencing manis, darah tinggi, dan penyakit buah pinggang
5315
Negeri Sembilan
Lelaki (WN)
47
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
5316
Negeri Sembilan
Perempuan (WN)
43
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Kencing manis, penyakit jantung, dan buah pinggang
5317
Melaka
Lelaki (WN)
33
Jenazah dibawa ke Hospital Melaka
Kencing manis dan darah tinggi
5318
WP Labuan
Lelaki (WN)
75
Jenazah dibawa ke Hospital Labuan
Endokrin
5319
Pulau Pinang
Lelaki (BWN)
36
Hospital Kepala Batas
-
5320
Selangor
Lelaki (BWN)
51
Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
-
5321
Selangor
Perempuan (BWN)
51
Hospital Shah Alam
Darah tinggi
5322
Sabah
Lelaki (BWN)
49
Hospital Lahad Datu
Jantung
5323
Kedah
Lelaki (BWN)
67
Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
-
5324
WP Labuan
Perempuan (BWN)
61
Jenazah dibawa ke Hospital Labuan
Darah tinggi
5325
Selangor
Perempuan (BWN)
47
Hospital Serdang
-
5326
Selangor
Lelaki (BWN)
60
Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
Kencing manis dan asma
5327
Sarawak
Lelaki (BWN)
48
Jenazah dibawa ke Hospital Kapit
-
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara
LAMPIRAN 3
Perincian 6,982 kes positif COVID-19 baharu yangdilaporkan di Malaysia pada 2 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI
JUMLAH KES
KLUSTER
KONTAK RAPAT
IMPORT A*
LAIN-LAIN
SELANGOR
2,907
165
1,619
1
1,122
WP KUALA LUMPUR
637
149
276
1
211
NEGERI SEMBILAN
606
186
244
1
175
JOHOR
517
360
96
-
61
SARAWAK
440
81
244
-
115
PULAU PINANG
351
256
51
-
44
PAHANG
329
173
118
-
38
KEDAH
257
99
95
-
63
SABAH
230
49
96
-
85
MELAKA
202
87
86
-
29
PERAK
182
134
26
-
22
WP LABUAN
131
5
80
-
46
KELANTAN
129
41
53
-
35
TERENGGANU
44
36
6
-
2
WP PUTRAJAYA
20
0
12
-
8
PERLIS
-
-
-
-
-
JUMLAH KESELURUHAN
6,982
1,821
3,102
3
2,056
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 2 JULAI 2021
No.
Nama Kluster
Kategori Kluster
Negeri
Daerah
Jumlah Kes
Jumlah disaring
1
Damai 16
Tempat Kerja
Johor
Johor Bahru
13
74
2
Jalan By Pass Batu Anam
Tempat Kerja
Johor
Segamat
26
128
3
Keluli Industri Tiga
Tempat Kerja
Johor
Johor Bahru
9
32
4
Perdagangan Harmoni Satu
Tempat Kerja
Selangor
Sepang
19
69
5
Jalan Besar Teras Jernang
Tempat Kerja
Selangor
Sepang dan Hulu Langat
42
116
6
Tapak Bina Persiaran Institusi
Tempat Kerja
Selangor
Sepang
39
284
7
Kilometer 85 Mukah
Tempat Kerja
Sarawak
Mukah
92
348
8
Jalan Masjid India
Tempat Kerja
WP Kuala Lumpur
Lembah Pantai, Cheras, Kepong, dan Titiwangsa
13
49
9
Tingkat Perusahaan 4A
Tempat Kerja
Pulau Pinang
Seberang Perai Tengah
9
94
10
Kampung Sungai Hilir Perupok
Komuniti
Kelantan
Bachok dan Pasir Puteh
9
12
11
Kampung Pahi Kuala Krai
Komuniti
Kelantan
Kuala Krai
21
98
12
Kompleks Fasa Dua
Komuniti
Johor
Muar
19
40
13
Sungai Gamong
Komuniti
Sarawak
Meradong
13
39
14
Tanjung Pitas
Komuniti
Sabah
Pitas
43
86
15
Persiaran MARDI
Kumpulan Berisiko Tinggi
Selangor
Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling, dan Gombak
Unsubscribe to no longer receive posts from From the Desk of the Director-General of Health Malaysia. Change your email settings at Manage Subscriptions.
No comments:
Post a Comment