SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

15 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,095 kes (765,800 kes kumulatif, 86.9%);
  • Kes baharu : 13,215 kes (880,782 kes kumulatif);
  • Kes import : 13 kes (7 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 13,202 kes [10,845 warganegara (82.1%); 2,357 bukan warganegara (17.9%)];
  • Kes aktif : 108,369 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 885 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 432 kes;
  • Kes kematian : 110 kes (6,613 kes kumulatif, 0.75%; 95 warganegara, 15 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,168 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 26 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,295 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 873 kluster.

Daripada 13,215 jumlah kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 8,047 kes (60.9 peratus) adalah daripada  kategori 1 (tidak bergejala), 4,637 kes (35.1 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), manakala selebihnya iaitu sebanyak 531 kes (4.0 peratus) adalah kategori 3 hingga kategori 5. Ini menunjukkan sebahagian besar daripada kes positif COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini adalah daripada kumpulan tidak bergejala dan bergejala ringan.

Sebanyak 110 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 45 kes di Selangor, 23 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 11 kes di Negeri Sembilan, tujuh (7) kes di Johor, lima (5) kes di Pahang, masing-masing empat (4) kes di Kedah dan Sarawak, masing-masing tiga (3) kes di Melaka dan Kelantan, dua (2) kes di Sabah, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang, Perak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 14 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 14 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.19. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.40). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.31), Kedah (nilai RT 1.19), Selangor (nilai RT 1.18), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.17), Pahang (nilai RT 1.16), Melaka (nilai RT 1.15), Negeri Sembilan (nilai RT 1.13), Pulau Pinang (nilai RT 1.10), Sabah (nilai RT 1.06), Johor (nilai RT 1.05), dan Perak (nilai RT 1.04).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

15 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 15 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 6,120 (7) 307,094
WP KUALA LUMPUR 1,499 (5) 94,336
JOHOR 599 76,636
SABAH 370 73,506
SARAWAK 363 70,228
NEGERI SEMBILAN 1,603 (1) 57,359
PULAU PINANG 509 37,803
KELANTAN 255 36,976
KEDAH 695 30,695
PERAK 344 30,115
MELAKA 484 23,619
PAHANG 222 17,405
TERENGGANU 70 12,251
WP LABUAN 26 9,331
WP PUTRAJAYA 53 2,814
PERLIS 3 614
JUMLAH KESELURUHAN 13,215 (13) 880,782

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 110 kes kematian pada 15 Julai 2021 adalah seperti berikut:

LAMPIRAN 3

Perincian 13,215 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 15 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 6,120 264 4,060 7 1,789
NEGERI SEMBILAN 1,603 134 884 1 584
WP KUALA LUMPUR 1,499 267 702 5 525
KEDAH 695 107 360 - 228
JOHOR 599 308 211 - 80
PULAU PINANG 509 266 124 - 119
MELAKA 484 172 195 - 117
SABAH 370 115 148 - 107
SARAWAK 363 145 167 - 51
PERAK 344 114 142 - 88
KELANTAN 255 173 39 - 43
PAHANG 222 73 93 - 56
TERENGGANU 70 36 27 - 7
WP PUTRAJAYA 53 2 43 - 8
WP LABUAN 26 2 19 - 5
 PERLIS 3 - 3 - 0
JUMLAH KESELURUHAN 13,215 2,178 7,217 13 3,807

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 15 JULAI 2021

No Nama Kluster Kategori Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah disaring
1 Industri Teknologi Cheng Satu Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 68 299
2 Jalan Anggerik Muar Tempat Kerja Johor Muar 68 162
3 Industri Jalan Perusahaan Lima Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 48 360
4 Industri Jalan Besi Satu Tempat Kerja Johor Kulai 45 360
5 Salak Land Tempat Kerja Sarawak Kuching 41 187
6 Persiaran Tun Perak Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 29 169
7 Industri Batu 34 Dengkil - Banting Tempat Kerja Selangor Sepang 27 91
8 Jalan Angkasa Mas Dua Tempat Kerja Johor Johor Bahru 18 67
9 Persiaran Anggun Tempat Kerja Selangor Gombak 16 69
10 Jalan Seri Utara Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong 14 22
11 Satu Timur Tempat Kerja Selangor Sabak Bernam 14 45
12 Bintang Meranti Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Lembah Pantai, Kepong, Titiwangsa, Cheras 13 211
13 Lebuh Tanjung Satu Tempat Kerja Johor Johor Bahru 12 41
14 Industri Dewani Satu Tempat Kerja Johor Johor Bahru 7 54
15 Jalan Pinang Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Lembah Pantai dan Titiwangsa 7 98
16 Sri Sabah Komuniti WP Kuala Lumpur Cheras 91 627
17 Desa Temuan Komuniti Selangor Petaling 55 91
18 Kota Klias Komuniti Sabah Beaufort 44 71
19 Taman Pelangi Kluang Komuniti Johor Kluang 17 116
20 Jalan Kampung Permatang Pasir Komuniti Kelantan Bachok 14 24
21 Langkap Komuniti Negeri Sembilan Kuala Pilah 12 109
22 Tembok Pengkalan Chepa 2 Pusat Tahanan Kelantan Kota Bharu dan Machang 105 589
23 Tembok Ayer Keroh Pusat Tahanan Melaka Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah 42 120
24 Pagar Tropika Satu Pusat Tahanan Johor Johor Bahru 34 138
25 Jalan Gombak 3 Pendidikan Tinggi Selangor Gombak 62 527
26 Lingkaran Wawasan Pendidikan Tinggi WP Kuala Lumpur Lembah Pantai 40 118


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 14 JULAI 2021

NEGERI NILAI RT
TERENGGANU 1.40
WP PUTRAJAYA 1.31
KEDAH 1.19
SELANGOR 1.18
WP KUALA LUMPUR 1.17
PAHANG 1.16
MELAKA 1.15
NEGERI SEMBILAN 1.13
PULAU PINANG 1.10
SABAH 1.06
JOHOR 1.05
KELANTAN 1.05
PERAK 1.04
SARAWAK 0.92
WP LABUAN 0.84
PERLIS 0
MALAYSIA 1.19