SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
13 JULAI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,990 kes (753,328 kes kumulatif, 88.0%);
- Kes baharu : 11,079 kes (855,949 kes kumulatif);
- Kes import : 27 kes (15 warganegara, 12 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 11,052 kes [9,143 warganegara (82.7%); 1,909 bukan warganegara (17.3%)];
- Kes aktif : 96,236 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 972 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 456 kes;
- Kes kematian : 125 kes (6,385 kes kumulatif, 0.75%; 108 warganegara, 17 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 3,116 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 2,246 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 870 kluster.
Sebanyak 125 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 57 kes di Selangor, 20 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 13 kes di Negeri Sembilan, sembilan (9) kes di Melaka, masing-masing tujuh (7) kes di Kedah dan Johor,tiga (3) kes di Pahang, masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang, Perak, Sabah, dan Sarawak,serta satu (1) kes di Kelantan.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 12 JULAI 2021)
Berdasarkan data terkini pada 12 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.14. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.32). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Terengganu (nilai RT 1.25), Selangor (nilai RT 1.18), Kedah (nilai RT 1.17), Pahang (nilai RT 1.17), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.13), Melaka (nilai RT 1.12), Pulau Pinang (nilai RT 1.09), Sabah (nilai RT 1.07), Johor (nilai RT 1.04), dan Negeri Sembilan (nilai RT 1.03).
Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA
KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institusi Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengenalpasti sebanyak 76 kes varian baharu virus SARS-CoV-2. Sebanyak 75 kes adalah Variant of Concern (VOC) manakala satu (1) kes lagi adalah Variant of Interest (VOI) iaitu;
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 293 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 273 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhannya sehingga kini, bagi VOC, terdapat sebanyak 195 kes varian Beta, 67 kes varian Delta, dan 11 kes varian Alpha. Bagi VOI pula, terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.
Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 6 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
PENINGKATAN KES SEJAJAR DENGAN PENINGKATAN UJIAN SARINGAN COVID-19
Hari ini Malaysia merekodkan jumlah harian COVID-19 tertinggi sepanjang pandemik melanda dengan nilai lima angka iaitu melebihi 11,000 kes. Ini adalah sejajar dengan jumlah kenaikan saringan bermula daripada 6 Julai hingga 12 Julai 2021 iaitu sebanyak 825,373 ujian telah dijalankan (termasuk RT-PCR dan RTK-Ag). Perbezaan ketara dapat dilihat di mana jumlah ujian pada minggu sebelumnya (29 Jun 2021 sehingga 5 Julai 2021) hanyalah sebanyak 624,645 ujian. Peningkatan sebanyak 32 peratus dapat dilihat antara julat masa tersebut. Jumlah ujian harian tertinggi dalam tempoh dua (2) minggu juga telah dilaporkan pada 12 Julai 2021.
Jumlah penggunaan ujian RTK-Ag pada 12 Julai 2021 telah meningkat 56.4 peratus dari ujian keseluruhan harian. Ini adalah kerana beberapa negeri yang mempunyai kadar positiviti kes COVID-19 melebihi 10 peratus bagi tempoh tujuh (7) hari berturut-turut, dibenarkan untuk menjalankan ujian RTK-Ag sebagai pengesahan kes seperti beberapa daerah di Selangor dan semua daerah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Negeri Selangor adalah penyumbang utama peningkatan ujian RTK-Ag dijalankan iaitu sebanyak 44.5 peratus diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (9.8 peratus), dan Johor (6.2 peratus).
Bagi pecahan ujian yang dilakukan di fasiliti kesihatan, 57.7 peratus atau 30,343 ujian RT-PCR dilakukan oleh makmal swasta sama ada saringan dibuat oleh Pengamal Perubatan Swasta (GP) ataupun penyumberluaran ujian ke makmal-makmal swasta oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mempercepatkan proses serta meningkatkan kapasiti makmal sedia ada. Selain itu, makmal-makmal swasta ini juga menyumbangkan peratus terbesar dalam ujian penggunakan RTK-Ag iaitu sebanyak 52,115 ujian (76.8%). Kemungkinan tahap kesedaran di kalangan masyarakat telah meningkat susulan beberapa kali diseru KKM untuk menjalani ujian bagi mereka yang bergejala atau merupakan kontak rapat.
Selaras dengan perkembangan terkini ini, setiap masyarakat dinasihatkan untuk terus melaksanakan tindakan-tindakan kawalan dan pencegahan berikut;
- sekiranya tiada urusan yang mendesak di luar;
- yang ditetapkan walaupun telah menerima dos lengkap suntikan vaksin;
- sekiranya bergejala atau merupakan kontak rapat kepada kes positif;
- sementara menunggu keputusan ujian;
- yang terdekat bagi menjalani penilaian dan pemeriksaan kesihatan. Rancang perjalanan dan hadir awal ke CAC bagi mengelakkan kesesakan (untuk makluman, operasi CAC di Selangor telah dipanjangkan kepada tujuh (7) hari seminggu);
- sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 Julai 2021 @ 6:30 petang.
No comments:
Post a Comment