SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT  

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 

1 JULAI 2021 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari); 

  • Kes sembuh : 5,580 kes (688,260 kes kumulatif, 90.7%); 
  • Kes baharu : 6,988 kes (758,967 kes kumulatif);  
  • Kes import : 5 kes (2 warganegara, 3 bukan warganegara);  
  • Kes tempatan : 6,983 kes [5,271 warganegara (75.5%); 1,712 bukan warganegara (24.5%)];  
  • Kes aktif : 65,453 kes
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 917 kes;  
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 445 kes
  • Kes kematian : 84 kes (5,254 kes kumulatif, 0.69%; 77 warganegara, 7 bukan warganegara); 
  • Jumlah kluster : 2,865 kluster;  
  • Jumlah kluster baharu : 21 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,978 kluster; dan 
  • Jumlah kluster aktif : 887 kluster

Sebanyak 84 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 46 kes di Selangor, masing-masing enam (6) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Johor, lima (5) kes di Sabah, masing-masing empat (4) kes di Sarawak dan Melaka, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, dua (2) kes di Pahang, serta masing-masing satu (1) kes di Terengganu dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. 

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa, di antara 23 Jun 2021 dan 30 Jun 2021, sebanyak 28 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan. Sebanyak 25 kes adalah Variant of Concern (VOC) manakala tiga (3) kes lagi adalah Variant of Interest (VOI) iaitu;

  • 18 kes varian Delta (B.1.617.2);
  • Lima (5) kes varian Beta (B.1.351);
  • Tiga (3) kes varian Kappa (B.1.617.1); dan
  • Dua (2) kes varian Alpha (B.1.1.7).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 217 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 198 kes adalah VOC manakala 19 kes adalah VOI.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Julai 2021 @ 5:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 2,885 (2) 251,636
WP KUALA LUMPUR 988 78,666
JOHOR 270 (1) 71,094
SABAH 232 69,677
SARAWAK 544 (2) 65,395
NEGERI SEMBILAN 692 45,572
KELANTAN 108 34,919
PULAU PINANG 174 34,669
PERAK 149 26,777
KEDAH 250 25,519
MELAKA 311 18,726
PAHANG 195 13,861
TERENGGANU 50 11,251
WP LABUAN 129 8,298
WP PUTRAJAYA 10 2,312
PERLIS 1 595
JUMLAH KESELURUHAN  6,988 (5) 758,967

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 84 kes kematian pada 1 Julai 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian Negeri Jantina (Warganegara) Umur (Tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang Penyakit
5171 Selangor Lelaki (WN) 68 Hospital Serdang -
5172 Selangor Lelaki (WN) 74 Pusat Perubatan Universiti Malaya Darah tinggi, dislipidemia, dan paru-paru kronik
5173 Selangor Lelaki (WN) 70 Hospital Ampang Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5174 Selangor Perempuan (WN) 78 Hospital Ampang Dislipidemia
5175 Sabah Perempuan (WN) 64 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Darah tinggi, dislipidemia, dan paru-paru kronik
5176 Selangor Perempuan (WN) 45 Hospital Selayang Kencing manis
5177 Selangor Perempuan (WN) 68 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi dan dislipidemia
5178 Selangor Perempuan (WN) 48 Hospital Sungai Buloh -
5179 Terengganu Perempuan (WN) 64 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
5180 Selangor Lelaki (WN) 65 Hospital Ampang Kencing manis dan dislipidemia
5181 Selangor Lelaki (WN) 60 Hospital Ampang -
5182 Pahang Lelaki (WN) 60 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Kencing manis
5183 Selangor Lelaki (WN) 68 Hospital Sungai Buloh Hati
5184 Selangor Lelaki (WN) 60 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5185 Selangor Perempuan (WN) 86 Pusat Perubatan Universiti Malaya Kencing manis dan buah pinggang
5186 Selangor Perempuan (WN) 30 Hospital Sungai Buloh Kencing manis dan buah pinggang
5187 Selangor Perempuan (WN) 56 Hospital Serdang Darah tinggi
5188 Selangor Perempuan (WN) 61 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi
5189 Sabah Lelaki (WN) 58 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Darah tinggi dan saraf
5190 Selangor Lelaki (WN) 75 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5191 Selangor Lelaki (WN) 48 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5192 Selangor Lelaki (WN) 51 Hospital Shah Alam Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5193 Selangor Perempuan (WN) 44 Hospital Sungai Buloh -
5194 Selangor Lelaki (WN) 61 Hospital Sungai Buloh Dislipidemia
5195 Selangor Lelaki (WN) 52 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, paru-paru kronik, dan kanser
5196 Selangor Lelaki (WN) 55 Hospital Shah Alam Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5197 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 58 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi
5198 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 55 Hospital Kuala Lumpur -
5199 Selangor Lelaki (WN) 63 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang -
5200 Johor Perempuan (WN) 70 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Darah tinggi dan jantung
5201 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 88 Hospital Jelebu Darah tinggi, jantung, dan paru-paru kronik
5202 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 82 Hospital Jelebu -
5203 Selangor Lelaki (WN) 69 Hospital Sungai Buloh Kencing manis dan darah tinggi
5204 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 90 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
5205 Sarawak Lelaki (WN) 72 Hospital Sibu Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, buah pinggang, dan paru-paru kronik
5206 Sarawak Lelaki (WN) 70 Hospital Miri Darah tinggi
5207 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 44 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis dan darah tinggi
5208 Pahang Lelaki (WN) 77 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5209 Selangor Perempuan (WN) 60 Hospital Ampang -
5210 Selangor Perempuan (WN) 36 Hospital Shah Alam Darah tinggi, buah pinggang, dan Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
5211 Selangor Lelaki (WN) 68 Hospital Shah Alam -
5212 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 75 Hospital Serdang Kanser
5213 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 43 Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur Obesiti
5214 Sarawak Perempuan (WN) 35 Hospital Sibu Obesiti
5215 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 62 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis, darah tinggi, asma, dan jantung
5216 WP Labuan Lelaki (WN) 63 Hospital Labuan Buah pinggang
5217 Selangor Perempuan (WN) 80 Hospital Shah Alam Autoimun
5218 Selangor Perempuan (WN) 44 Hospital Kajang -
5219 Johor Lelaki (WN) 62 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5220 Sabah Perempuan (WN) 69 Hospital Kudat Darah tinggi, dislipidemia, dan kanser
5221 Melaka Lelaki (WN) 68 Hospital Melaka -
5222 Selangor Perempuan (WN) 75 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
5223 Sarawak Perempuan (WN) 32 Jenazah dibawa ke Hospital Miri -
5224 Melaka Lelaki (WN) 65 Hospital Melaka Strok
5225 WP Labuan Perempuan (WN) 80 Hospital Labuan Darah tinggi dan buah pinggang
5226 Selangor Lelaki (WN) 71 Jenazah dibawa ke Hospital Ampang Darah tinggi
5227 Johor Perempuan (WN) 80 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Darah tinggi, jantung, buah pinggang, dan obesiti
5228 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 71 Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5229 Melaka Perempuan (WN) 49 Hospital Melaka Kencing manis, darah tinggi, tiroid, dan obesiti
5230 Sabah Perempuan (WN) 30 Jenazah dibawa ke Hospital Kudat Obesiti
5231 Selangor Lelaki (WN) 48 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5232 Selangor Lelaki (WN) 60 Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Kencing manis dan darah tinggi
5233 Selangor Perempuan (WN) 73 Jenazah dibawa ke Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang
5234 Johor Lelaki (WN) 77 Hospital Segamat Kencing manis dan darah tinggi
5235 Johor Perempuan (WN) 67 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5236 Sabah Lelaki (WN) 75 Hospital Kudat Darah tinggi dan dislipidemia
5237 WP Putrajaya Lelaki (WN) 83 Hospital Putrajaya Darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan strok
5238 Selangor Perempuan (WN) 90 Hospital Selayang -
5239 Selangor Lelaki (WN) 80 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, dan paru-paru kronik
5240 Selangor Perempuan (WN) 60 Hospital Selayang Kencing manis
5241 Selangor Lelaki (WN) 57 Hospital Serdang Darah tinggi
5242 Selangor Lelaki (WN) 42 Jenazah dibawa ke Hospital Selayang Darah tinggi
5243 Selangor Lelaki (WN) 23 Hospital Selayang -
5244 Selangor Perempuan (WN) 74 Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, dan strok
5245 Johor Perempuan (WN) 74 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
5246 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 67 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5247 Melaka Perempuan (WN) 56 Hospital Tampin Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
5248 Selangor Perempuan (BWN) 47 Hospital Ampang Darah tinggi
5249 Selangor Lelaki (BWN) 42 Hospital Sungai Buloh -
5250 Selangor Perempuan (BWN) 45 Hospital Ampang -
5251 WP Labuan Lelaki (BWN) 56 Hospital Labuan Darah tinggi dan dislipidemia
5252 WP Kuala Lumpur Perempuan (BWN) 61 Hospital Kuala Lumpur -
5253 Selangor Lelaki (BWN) 38 Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya -
5254 Selangor Lelaki (BWN) 53 Hospital Selayang -

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 6,988 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 2,885 279  1,619 2  985
WP KUALA LUMPUR 988 467 331 - 190
NEGERI SEMBILAN 692 254 265 - 173
SARAWAK 544 125 334 2 83
MELAKA 311 183 98 - 30
JOHOR 270 119 102 1 48
KEDAH 250 54 106 - 90
SABAH 232 29 131 - 72
PAHANG 195 106 70 - 19
PULAU PINANG 174 92 34 - 48
PERAK 149 98 35 - 16
WP LABUAN 129 46 47 - 36
KELANTAN 108 43 53 - 12
TERENGGANU 50 24 14 - 12
WP PUTRAJAYA 10 0 5 - 5
 PERLIS 1 0 1 - 0
JUMLAH KESELURUHAN     6,988 1,919 3,245 5 1,819

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 1 JULAI 2021

No.  Nama Kluster  Kategori  Kluster  Negeri  Daerah  Jumlah Kes  Jumlah disaring 
1 Dah Batik Industri Sungai Petani Tempat Kerja Kedah Kuala Muda 35 103
2 Dah Mawar Biru Tempat Kerja Kedah Bandar Baharu 12 33
3 Dah Lima Industri Sungai Petani Tempat Kerja Kedah Kuala Muda 34 182
4 Industri MIEL Bayan Lepas Tempat Kerja Pulau Pinang Barat Daya dan Timur Laut 15 78
5 Lorong Perusahaan Maju Lapan Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 9 97
6 Jalan Perusahaan Maju Sembilan Tempat Kerja Pulau Pinang dan Perak Seberang Perai Tengah dan Kerian 13 498
7 Industri Balakong Empat Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 23 71
8 Industri Perusahaan Selesa Jaya Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 13 67
9 Jalan Sin Chew Kee Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Lembah Pantai 9 18
10 Kampung Telok Kemang Tempat Kerja Johor Muar 31 43
11 Jalan Industri Enam Jelapang Tempat Kerja Perak Kinta 8 163
12 Kampung Tengah Tanah Merah Komuniti Kelantan Tanah Merah 8 19
13 Kampung Redang Gunong Komuniti Kelantan Bachok dan Kota Bharu 9 18
14 Kampung Bagus Komuniti Kelantan Pasir Mas 8 14
15 Kampung Hutan Banggol Komuniti Kelantan Kota Bharu dan Bachok 15 24
16 Taman SP Mahang Komuniti Kelantan Kota Bharu 8 14
17 Seri Semarak Komuniti WP Kuala Lumpur Titiwangsa 72 705
18 Nahaba 2 Komuniti Sabah Kota Belud 27 136
19 Dah Tanjung Setol Komuniti Kedah Pendang 31 61
20 Jalan Lagenda Komuniti Johor Tangkak 18 38
21 Jalan Residensi Kumpulan Berisiko Tinggi Pulau Pinang Timur Laut 29 127

LAMPIRAN 5

Jadual 1 : Kes-Kes Baharu Positif COVID-19 Varian VOC & VOI

23 Jun 2021 Hingga 30 Jun 2021

Negeri Alpha B.1.1.7 Beta B.1.351 Delta B.1.617.2 Kappa B.1.617.1 JUMLAH
Pahang - 2 2 - 4
WP Kuala Lumpur - - 4 - 4
Sabah 2 - 2 - 4
Melaka - 1 2 - 3
WP Labuan - - 3 - 3
Negeri Sembilan - - 3 - 3
Johor - - - 3 3
Kedah - - 2 - 2
Terengganu - 1 - - 1
Selangor - 1 - - 1
Jumlah Keseluruhan 2 5 18 3 28