SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

29 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,298 kes (677,751 kes kumulatif, 90.9%);
  • Kes baharu : 6,437 kes (745,703 kes kumulatif);
  • Kes import : 14 kes (3 warganegara, 11 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,423 kes [4,672 warganegara (72.7%); 1,751 bukan warganegara (27.3%)];
  • Kes aktif : 62,844 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 905 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 455 kes;
  • Kes kematian : 107 kes (5,108 kes kumulatif, 0.68%; 99 warganegara, 8 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,821 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 27 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,934 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 887 kluster.

Sebanyak 107 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 43 kes di Selangor, 16 kes di Negeri Sembilan, 11 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,masing-masing tujuh (7) kes di Kedah, dan Melaka, enam (6) kes di Johor, masing-masing empat (4) kes di Sabah, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Pahang, serta satu (1) kes di Terengganu.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL KETIKA PANDEMIK COVID-19 

Pandemik COVID-19 memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia. Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketiba berada di dalam keadaan stress yang melampau dan isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai. Sekiranya kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ianya boleh meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri.   

Sumber daripada Polis Diraja Malaysia mendapati, terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri yang dilaporkan pada tahun 2020 iaitu sebanyak 631 kes berbanding 609 kes pada tahun 2019. Sehingga Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia.   

Masyarakat dipohon untuk lebih cakna dan prihatin kepada ahli keluarga dan orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom-simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri seperti;    

  • Perubahan tingkah laku kepada individu:  
    • Sentiasa kelihatan sedih dan murung;  
    • Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan;  
    • Kesukaran untuk menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian yang biasa;  
    • Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan;   
    • Mengalami gangguan tidur dan selera makan;  
    • Bertindak agresif dan kasar (abusive) kepada diri sendiri dan orang sekeliling; dan  
    • Menyalahguna alkohol dan dadah.  
  • Menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan untuk hidup dan kehadirannya membebankan ahli keluarga.  
  • Menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal atau penulisan.     

Sekiranya terdapat gejala-gejala yang disenaraikan di atas, individu dinasihatkan agar mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam kadar yang segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk. Selain daripada itu, orang ramai boleh membantu dengan berkomunisasi secara berkesan dengan individu yang mengalami kemurungan, antaranya seperti:  

  1. Mengambil serius tentang masalah yang dialami;  
  2. Meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka;  
  3. Tidak mengambil mudah atau memperlekehkan masalah mereka;  
  4. Menunjukkan empati dan mengelakkan sikap menghakimi individu tersebut;    
  5. Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat yang terkini bagi mengekalkan perhubungan dengan individu tersebut; 
  6. Memberikan sokongan sosial kepada mereka seperti membantu dalam urusan seharian jika diperlukan; dan 
  7. Galakkan dan bantu mereka untuk dapatkan penilaian dan rawatan profesional.  

Pihak media juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat tepat dan mematuhi Garis Panduan Pelaporan Media Yang Bertanggungjawab (Guidelines for Media Reporting on Suicide) yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan KKM tentang tingkah laku bunuh diri.

Masyarakat juga diminta untuk menghormati perasaan ahli keluarga mangsa dengan tidak merekodkan video ataupun mengedarkan gambar di media sosial tentang individu yang membunuh diri. Bunuh diri boleh dicegah, namun, tindakan viral di media sosial juga boleh mengundang 'copycat suicide' bagi mereka yang berisiko.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan sokongan yang diwujudkan seperti;

  1. MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
  2. Talian Kasih 15999 / WHATSAPP Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
  3. KSK-Care JAKIM di WHATSAPP 0111-9598214
  4. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Sehubungan dengan itu juga, KKM menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 yang akan membantu rakyat dalam menghadapi kesan sosio-ekonomi pandemik COVID-19 ini. Sumbangan makanan daripada penduduk setempat kepada yang memerlukan amatlah dialu-alukan.

Bagi individu-individu dan isi rumah yang berkelayakan, bantuan kewangan serta pelbagai bantuan lain termasuk berbentuk moratorium pinjaman daripada institusi-institusi berkaitan seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri semalam perlulah dimanfaatkan sebaik, dan perlulah dimohon sekiranya diperlukan.

Budaya peka dan peduli kepada keluarga sendiri, sahabat handai dan masyarakat sekeliling perlu diterapkan dan sesiapa yang menghadapi masalah dan terkesan dengan pandemik agar mendapatkan pertolongan dan tidak menghadapinya seorang diri. Setiap individu perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga kesihatan mental diri, keluarga, dan komuniti bagi menghadapi pandemik COVID-19 ini. 

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 Jun 2021 @ 5:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 2,299 (12) 245,915
WP KUALA LUMPUR 1,361 (2) 77,053
JOHOR 271 70,525
SABAH 178 69,203
SARAWAK 242 64,475
NEGERI SEMBILAN 700 44,236
KELANTAN 131 34,652
PULAU PINANG 115 34,364
PERAK 184 26,491
KEDAH 284 25,043
MELAKA 252 18,192
PAHANG 250 13,456
TERENGGANU 21 11,181
WP LABUAN 117 8,037
WP PUTRAJAYA 32 2,291
PERLIS 0 589
JUMLAH KESELURUHAN 6,437 (14) 745,703

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 107 kes kematian pada 29 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian Negeri Jantina (warganegara) Umur (Tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang Penyakit
5002 Kelantan Lelaki (WN) 79 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5003 Selangor Lelaki (WN) 49 Hospital Serdang Darah tinggi dan obesiti
5004 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 55 Hospital Tampin Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan obesiti
5005 Kelantan Perempuan (WN) 43 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Kencing manis dan darah tinggi
5006 Selangor Lelaki (WN) 60 Hospital Serdang Darah tinggi
5007 Kelantan Perempuan (WN) 78 Jenazah dibawa ke Hospital Pasir Mas Darah tinggi, kencing manis, dan saraf
5008 Kelantan Lelaki (WN) 69 Jenazah dibawa ke Hospital Pasir Mas -
5009 Selangor Lelaki (WN) 49 Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, dan autoimun
5010 Sabah Lelaki (WN) 69 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu -
5011 Selangor Lelaki (WN) 64 Hospital Sungai Buloh -
5012 Johor Lelaki (WN) 56 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Darah tinggi, jantung, dan kanser
5013 Sarawak Perempuan (WN) 66 Hospital Miri Kencing manis dan darah tinggi
5014 Selangor Lelaki (WN) 66 Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5015 Selangor Lelaki (WN) 57 Hospital Serdang Darah tinggi
5016 Selangor Lelaki (WN) 59 Hospital Serdang Kencing manis
5017 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 41 Hospital Kuala Lumpur Obesiti
5018 Melaka Perempuan (WN) 58 Hospital Melaka Asma, darah tinggi, dan dislipidemia
5019 Selangor Lelaki (WN) 67 Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
5020 Selangor Lelaki (WN) 46 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, dan dislipidemia
5021 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 42 Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia -
5022 WP Labuan Lelaki (WN) 71 Hospital Labuan Jantung
5023 Selangor Perempuan (WN) 66 Jenazah dibawa ke Hospital Serdang Darah tinggi dan asma
5024 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 58 Hospital Tampin Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5025 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 80 Hospital Ampang Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5026 Melaka Lelaki (WN) 62 Hospital Melaka Kencing manis dan kanser
5027 Selangor Perempuan (WN) 58 Hospital Serdang -
5028 Selangor Lelaki (WN) 35 Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia Kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
5029 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 77 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis, darah tinggi, dan strok
5030 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 38 Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala Pilah Kencing manis dan darah tinggi
5031 Terengganu Lelaki (WN) 82 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Kencing manis dan darah tinggi
5032 Selangor Lelaki (WN) 64 Hospital Sungai Buloh Kencing manis dan darah tinggi
5033 Selangor Lelaki (WN) 57 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
5034 Selangor Lelaki (WN) 74 Hospital Serdang Darah tinggi, buah pinggang, dan dislipidemia
5035 Selangor Lelaki (WN) 72 Hospital Putrajaya Kencing manis dan darah tinggi
5036 Johor Lelaki (WN) 87 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru -
5037 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 63 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Darah tinggi, buah pinggang, dislipidemia, dan obesiti
5038 Kedah Perempuan (WN) 87 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
5039 Melaka Lelaki (WN) 67 Hospital Melaka Jantung dan strok
5040 Selangor Lelaki (WN) 56 Hospital Serdang Darah tinggi
5041 Selangor Lelaki (WN) 75 Hospital Shah Alam Darah tinggi dan dislipidemia
5042 Kedah Lelaki (WN) 60 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan dislipidemia
5043 Melaka Lelaki (WN) 80 Hospital Melaka Darah tinggi, dislipidemia, dan kanser
5044 Selangor Perempuan (WN) 69 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5045 Selangor Perempuan (WN) 61 Hospital Kajang Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
5046 Johor Perempuan (WN) 64 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang
5047 Kedah Lelaki (WN) 34 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kencing manis
5048 Pahang Lelaki (WN) 59 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Darah tinggi dan jantung
5049 Selangor Perempuan (WN) 83 Hospital Ampang Kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, dan tibi
5050 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 50 Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala Pilah Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5051 Melaka Perempuan (WN) 68 Hospital Melaka Kencing manis dan darah tinggi
5052 Selangor Lelaki (WN) 71 Hospital Serdang Kencing manis dan darah tinggi
5053 Selangor Lelaki (WN) 73 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
5054 Selangor Lelaki (WN) 83 Hospital Serdang Darah tinggi dan dislipidemia
5055 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 77 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5056 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 80 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis, darah tinggi, dan strok
5057 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 36 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Obesiti
5058 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 65 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis, darah tinggi, dan strok
5059 Kedah Perempuan (WN) 70 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5060 Selangor Lelaki (WN) 67 Hospital Sungai Buloh Kencing manis
5061 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 57 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan autoimun
5062 WP Labuan Lelaki (WN) 49 Hospital Labuan Obesiti
5063 Selangor Perempuan (WN) 55 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi dan dislipidemia
5064 Selangor Lelaki (WN) 60 Hospital Serdang Kanser
5065 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 49 Hospital Kuala Lumpur -
5066 Johor Lelaki (WN) 68 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Kanser
5067 Sarawak Lelaki (WN) 92 Jenazah dibawa ke Hospital Sarikei Darah tinggi dan dislipidemia
5068 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 77 Hospital Tampin Darah tinggi
5069 Melaka Perempuan (WN) 81 Hospital Melaka Kencing manis dan darah tinggi
5070 Selangor Lelaki (WN) 45 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kencing manis dan darah tinggi
5071 Selangor Perempuan (WN) 60 Hospital Ampang Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5072 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 65 Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala Pilah Kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, paru-paru kronik, dan dislipidemia
5073 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 42 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Obesiti
5074 Kedah Lelaki (WN) 55 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kencing manis dan darah tinggi
5075 WP Labuan Lelaki (WN) 54 Hospital Labuan Obesiti
5076 Selangor Perempuan (WN) 89 Hospital Serdang Darah tinggi
5077 Selangor Lelaki (WN) 67 Hospital Ampang Darah tinggi dan buah pinggang
5078 Kedah Lelaki (WN) 79 Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kencing manis, darah tinggi, asma, dan buah pinggang
5079 Johor Lelaki (WN) 64 Hospital Melaka Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
5080 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 65 Hospital Kuala Lumpur Darah tinggi dan buah pinggang
5081 Selangor Perempuan (WN) 73 Hospital Kajang Kencing manis dan darah tinggi
5082 Selangor Lelaki (WN) 70 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis, darah tinggi, kanser, dan dislipidemia
5083 Selangor Lelaki (WN) 60 Jenazah dibawa ke Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5084 Selangor Lelaki (WN) 59 Hospital Kuala Lumpur Darah tinggi dan jantung
5085 Selangor Lelaki (WN) 57 Hospital Shah Alam Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang
5086 Selangor Lelaki (WN) 53 Hospital Ampang Kencing manis dan darah tinggi
5087 Selangor Perempuan (WN) 53 Hospital Kuala Lumpur Kanser
5088 Selangor Lelaki (WN) 68 Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Obesiti, kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5089 Selangor Perempuan (WN) 43 Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Obesiti
5090 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 68 Hospital Kuala Lumpur -
5091 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 66 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi dan dislipidemia
5092 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 56 Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur -
5093 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 51 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
5094 Johor Lelaki (WN) 64 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
5095 Sabah Lelaki (WN) 82 Jenazah dibawa ke Hospital Kudat Darah tinggi dan strok
5096 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 74 Hospital Tampin -
5097 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 69 Hospital Tampin Kencing manis dan darah tinggi
5098 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 45 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Obesiti
5099 Melaka Lelaki (WN) 61 Jenazah dibawa ke Hospital Melaka Jantung
5100 Pahang Lelaki (WN) 76 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Kencing manis dan darah tinggi
5101 WP Labuan Lelaki (BWN) 51 Hospital Labuan Obesiti
5102 Sabah Lelaki (BWN) 65 Hospital Tawau -
5103 Selangor Lelaki (BWN) 51 Hospital Serdang -
5104 Sabah Lelaki (BWN) 67 Jenazah dibawa ke Hospital Tawau Darah tinggi
5105 Kedah Lelaki (BWN) 55 Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar -
5106 Selangor Lelaki (BWN) 40 Hospital Shah Alam Jantung
 5107 Selangor Perempuan (BWN) 41 Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Obesiti
5108 WP Kuala Lumpur Lelaki (BWN) 48 Hospital Ampang Kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 6,437 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 2,299 96 1,341 12 850
WP KUALA LUMPUR 1,361 716 363 2 280
NEGERI SEMBILAN 700 305 233 0 162
KEDAH 284 135 113 0 36
JOHOR 271 58 120 0 93
MELAKA 252 109 109 0 34
PAHANG 250 165 72 0 13
SARAWAK 242 36 155 0 51
PERAK 184 160 21 0 3
SABAH 178 46 96 0 36
KELANTAN 131 32 73 0 26
WP LABUAN 117 9 76 0 32
PULAU PINANG 115 18 58 0 39
WP PUTRAJAYA 32 7 19 0 6
TERENGGANU 21 9 4 0 8
PERLIS - - - - -
JUMLAH KESELURUHAN 6,437 1,901 2,853 14 1,669

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 29 JUN 2021

No.  Nama Kluster  Kategori Kluster  Negeri  Daerah  Jumlah Kes  Jumlah Disaring 
1 Taman Desa An Nur  Komuniti  Kelantan  Kota Bharu  11  30 
2 Banggol Chicha Ketereh  Komuniti  Kelantan  Kota Bharu  10  21 
3 Kampung Lada  Komuniti  Pahang  Jerantut  24  121 
4 Sungai Ling  Komuniti  Pahang  Maran  14  37 
5 Jalan Empat Bandar Baru Bangi  Komuniti  Selangor  Hulu Langat  39  289 
6 Cahaya Enam  Komuniti  Selangor  Sabak Bernam  13  65 
7 Kenawar 69  Komuniti  Johor  Segamat  19  72 
8 Jalan Bidara  Komuniti  Johor  Tangkak  10  13 
9 Rimba Raja  Komuniti  Perak  Perak Tengah  12  45 
10  Kampung Jelutong  Komuniti  Perak  Kampar  13  42 
11 Muhibbah Menggatal  Komuniti  Sabah  Kota Kinabalu, Penampang, dan Tuaran  42  277 
12 Nanga Belungai  Komuniti  Sarawak  Tatau  13  51 
13 Jalan Putra Sembilan  Komuniti  WP Putrajaya  Putrajaya  12  17 
14 Industri Balakong Sembilan  Tempat Kerja  Selangor  Hulu Langat  20  80 
15 Jalan PJS Lapan  Tempat Kerja  Selangor  Petaling  17  28 
16 Tapak Bina Sunsuria City  Tempat Kerja  Selangor  Sepang  34  81 
17 Industri Sungai Chua Satu  Tempat Kerja  Selangor  Hulu Langat  11  64 
18 Jalan Alor Setar  Tempat Kerja  WP Kuala Lumpur  Cheras  71 
19 Tapak Bina Jalan Choo Cheng Kay  Tempat Kerja  WP Kuala Lumpur  Lembah Pantai  12  48 
20 Tapak Bina Jalan Tun Razak  Tempat Kerja  WP Kuala Lumpur  Titiwangsa  25  31 
21 Industri Lorong Bunga Tanjung Satu  Tempat Kerja  Negeri Sembilan  Seremban, Kuala Pilah, Port Dickson, dan Rembau  101  184 
22 Jalan Dataran Segar  Tempat Kerja  Negeri Sembilan  Port Dickson dan Seremban  46  99 
23 Jalan TJ 2  Tempat Kerja  Negeri Sembilan  Seremban  49  225 
24 Industri Benus  Tempat Kerja  Pahang  Bentong dan Raub  73  449 
25 Jalan Jaya Temerloh  Tempat Kerja  Pahang  Temerloh dan Maran  15  111 
26 Jalan Pee Kang Hai  Kumpulan Berisiko  Tinggi  Johor  Segamat  29  32 
27 Jalan Tanggilan  Institusi Pendidikan  Swasta Berdaftar di Bawah KPM  WP Putrajaya dan Selangor  Putrajaya dan Kuala Langat  39